Monday, October 13, 2014

10 Tip Diet Yang Perlu Anda Tahu..............

Diet adalah amalan pemakanan yang dapat membantu kamu untuk kekal sihat dan langsing, tetapi tahukah kamu terdapat perkara-perkara yang harus kamu turuti semasa menjalani aktiviti diet ini. Jom kita lihat antara perkara yang perlu kamu tahu sebelum memulakan diet sihat kamu!

1. Diet Yang Sesuai:

Keperluan badan kamu kadangkala berbeza dengan badan orang lain oleh itu kenali keperluan badan kamu sebelum memulakan sebarang diet. Ini bagi membantu kamu untuk kekal realistic dalam meneruskan diet kamu.

2. Elakkan Jadi Mangsa Diet:

Diet yang sihat adalah diet yang akan membantu kamu untuk menghilang berat badan secara sistematik, bukan secara mendadak yang kadangkala bakal membahayakan kesihatan kamu.

3. Cara Hidup Sihat:

Terdapat sesetengah daripada kamu akan berhenti daripada mengamalkan diet yang sihat apabila mereka kembali mendapatkan badan yang diidamkan .

4. Elakkan Mengunyah:

Kamu seharusnya memberi perhatian semasa makan ini kerana otak dan perut boleh meneliti makanan kamu. Dan mengunyah makanan semasa sedang menonton televisyen atau di depan komputer hanya akan membuatkan kamu terus makan dan makan tanpa kawalan.

5. Minum Air Masak:

Air putih dapat membantu kamu untuk kekal aktif. Minum sekurang-kurangnya 6 liter air setiap hari untuk kamu kekal cergas. Dan adalah lebih baik buat kamu minum segelas air sebelum makan.

6. Jangan Putus Asa:

Kesilapan sering berlaku oleh itu bagi kamu yang baru memulakan aktiviti diet kamu, ambil ini sebagai cabaran dan jangan biarkan ianya menjadi halangan buat kamu. Bukan mudah untuk menukar cara hidup kamu, oleh itu kekuatan mental dan fizikal bakal membantu kamu untuk memiliki hidup yang lebih sihat.

7. Senaman:

Kamu seharusnya memperuntukkan sekurangkurangnya 30 minit sehari, dalam usaha untuk menguruskan badan. Cara senaman dan pemakanan kamu adalah kombinasi yang amat penting sekali untuk dititikberatkan. Bagi yang baru ingin memulakan diet mereka mulakan dengan senaman yang mudah seperti berjalan.

8. Diet Bukan Bermakna Tidak Makan:

Kebanyakan diet yang gagal adalah mereka yang tidak memulakan hari mereka dengan sarapan pagi. Penting buat kamu tahu bahawa sarapan pagi diibaratkan sebagai enjin yang akan menggerakkan hari kamu.

9.Makan Dalam Kuantiti Yang Sikit:

Bagi kamu yang suka makan, kamu masih boleh meneruskan minat kamu ini tetapi dengan cara yang lebih berhemah. Makan dalam kuantiti yang lebih sedikit, oleh itu setiap kali kamu berasa lapar hadkan pengambilan makanan kamu.

10. Makan Ketika Lapar:

Setiap daripada kamu mempunyai had maksimum pemakanan yang berbeza. Jangan makan ketika kamu sedang marah, sedih atau bosan. Kunci dalam mengamalkan diet yang sihat adalah dengan makan ketika kamu benar-benar lapar. Dan mengidam sesuatu makanan bukanlah saat sebenar kamu sedang lapar ya!

Sumber : Majalah Remaja


Shaklee Independent Distributor

Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687 
Untuk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

BUKU PENYUSUAN : Membesar Anak Hebat dengan Susu Ibu / Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Panduan bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan anak-anak dengan lebih baik. Buku-buku penyusuan yang diperkenalkan ini adalah sesuai untuk menjadi bahan bacaan bagi ibu-ibu yang bercadang untuk menyusu penuh anak-anak sehingga sekurang-kurangnya berumur 2 tahun.. Antara buku-buku yang disarankan adalah:


Membesar Anak Hebat dengan Susu Ibu

Harga : RM 60.00

ISBN-13: 978-967-411-067-3
Tarikh Terbit: 30 Aug 2013
Jumlah Muka Surat : 416
Kategori: BayiKeibubapaan

Buku ini mempunyai 28 bab dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Antara topik menarik yang dikupas adalah:
  • 'Pemberian' susu ibuversus'penyusuan' susu ibu
  • Tanda-tanda bayi mendapat susu dengan secukupnya
  • Anatomi dan fisiologi penyusuan ibu
  • Bapa juga mampau 'menyusukan' anak
  • Perlukan alatan yang mahal dalam penyusuan
  • Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja
  • Berurusan dengan penjaga anak
  • Kaitan antara penyusuan ibu, stres, dan pemakanan
  • Mengapa susu tidak banyak terhasil
  • Bengkak susu, puting luka, keradangan payudara, apa yang berlaku dan bagaimana ibu dapat menghadapinya
  • Mengapa bayi menolak susu ibunya
  • Bayi kuning, apa yang terjadi sebenarnya
  • Menyusu pada waktu malam
  • Menyusu di tempat awam
  • Bagaimana ibu dapat menangani kritikan dan persekitaran negatif
Dedikasi
Kata Pengantar
Prakata 
Bahagian Satu: Asas Penyusuan
1. Semua Bayi Dilahirkan bagi Menyusu
2. Kenali Payudara Wanita
3. Fisiologi Penyusuan Ibu
4. Lekapan dan Posisi Kasih Sayang
5. Sentuhan Kulit Penjana Cinta Sejati
6. Mulakan dengan Betul
7. Bayiku Sihat dengan Susu Ibu
8. Bapa Juga Mampu 'Menyusukan' Anak
Bahagian 2: Penyusuan Susu Ibu dan Ibu Berkerjaya
9. Merancang Mahu Berjaya

11. Perlukah Pam Susu yang Mahal?
12. Memerah dan Menyimpan Susu Ibu Sebelum Kembali Bekerja
13. Memberi Susu Perahan kepada Bayi
14. Kembali Bekerja
15. Memerah Susu dalam Pelbagai Keadaan
16. Berurusan dengan Penjaga Anak
17. Penyusuan Ibu, Stres, dan Pemakanan

 Bahagian 3: Cabaran Penyusuan dan Penyelesaiannya
18. Susu Tidak Banyak
19. Payudara Bengkak
20. Bayi Menolak Payudara
21. Puting Sakit dan Luka
22. Saluran Susu Tersumbat dan Keradangan Payudara
23. Bayiku Kuning
24. Puting Tenggelam
25. Penyusuan Anak Pramatang
26. Penyusuan pada Waktu Malam
27. Penyusuan di Tempat Awam
28. Manangani Kritikan & Persekitaran Negatif

Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya
Harga : RM10.00 (berbahasa Melayu)
Buku ini diterbitkan oleh Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WPKL khusus buat ibu-ibu bekerjaya yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Kandungannya sangat sesuai untuk para ibu yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penyusuan susu ibu.
Antara topik kandungan buku ini:
Pilihan-pilihan bagi Ibu bekerjaya
Penyusuan Susu Ibu
Perancangan Awal Ibu Bekerja
Latihan Memerah
Memerah Susu dengan Tangan
Memerah Susu dengan Pam
Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan
Cara Menyimpan Susu Perahan
Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan

Cara Memberi Perahan Susu Ibu

Tips Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya

Cara Mudah Memantau Tumbesaran Bayi

Carta Pertumbuhan WHO (2006)

Sumber Makanan Berkhasiat yang Boleh Merangsang Penghasilan Susu

Buku ini dilengkapi dengan pelbagai lampiran yang bolehdijadikan rujukan khusus untuk ibu 

bekerjaya yang menyusu.

Di bahagian akhir buku ini juga (Lampiran 7) terdapatsenarai maklumat kaunselor kaunselor 

laktasi untuk bantuan dalam penyusuan (contact details of lactation counsellors)

Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Untuk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

5 Rahsia Penting Kulit Cantik

Kesihatan dan penjagaan kulit memang penting sama ada untuk lelaki atau pun wanita pada masa kini. Berikut adalah tips untuk menjaga kulit agar kelihatan lebih cantik....

1. TIDAK MEROKOK

Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.

2. REMAJA DARI DALAM

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.

3. PENGELUPASAN KULIT

Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.

4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN

Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.

5. BERSENAM

Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman.

Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.

Sumber : Nona, Karangkraf


Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Untuk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, October 12, 2014

Shaklee Effect : Sharing is caring...

Kenapa saya suka Shaklee??? Kenapa saya beria-ia sangat menjual Shaklee???

Well... Jawapannya senang sahaja... sebab saya dan keluarga dah merasai perbezaannya ..

Pengalaman saya;

Pengalaman pertama saya adalah kerana saya mengalami masalah dalam menyusukan anak kedua... Badan rasa letih, tak bermaya semasa pantang dan merasakan anak lelaki menyusu dengan kerap menyebabkan saya lebih cepat merasa penat... Jadi semasa hujung-hujung pantang saya nekad untuk mencari makanan kesihatan atau milk booster untuk menambah kuantiti susu badan supaya saya boleh buat stok susu dengan banyak, kerana saya nekad nak menyusukan anak kedua ni dengan susu badan. Saya terkilan kerana anak pertama hanya 4 bulan pertama sahaja dapt menyusukan badan sepenuhnya...bulan-bulan seterusnya saya dah campur...

Efek Shaklee bukan dengan cara yang segera... Itu yang perlu ditekankan...setiap orang, berbeza efeknya terpulang pada tahap kesihatan seseorang... Kalau dah memang sedia ada sakit dan banyak toksin di dalam badan... Memang efeknya lambat sikit...setiap orang unik kan...

Jadi selepas mencuba untuk beberapa bulan...say memang dapati susu agak banyak dan tahap kesihatan improving... Anak yang menyusu badan ni biasa la ye...kerapa bangun menyusu malam-malam... Bagi kes saya, anak saya kerap bangun 3 , 4 kali setiap malam!!! Memang sepatutnya penat... Tapi, alhamdulillah shaklee membantu saya meningkatkan tahap kesihatan...saya dapat buat sedikit stok, tetapi masih tidak mencukupi... Jadi tiap2 waktu tengahari saya  akan balik ke rumah untuk membekalkan susu badan yang telah diperah waktu pagi untuk kegunaan pada waktu petang sebelum saya balik ke rumah... Penat tu tak payah cakapla... Memang terasa penat tetapi alhamdulillah saya dapat bekalkan anak kedua dan menyusukan dia dengan susu badan sehingga berumur satu tahun setengah... Satu pencapaian yang tinggi untuk saya kerana  anak pertama memang tak berpeluang untuk menyusu badan sehingga satu tahun pun...

Setelah anak kedua tidak menyusu badan., saya dapati bahawa kini saya tak mudah terkena penyakit berjangkit yang kerap saya dapat... Selesema dan batuk serta demam...kalau terkena pun memang sekejap sahaja ... Dua tiga hari dah ok...

Haaa... Panjang pulak dah cerita saya ni..... Nanti saya ceritakan pengalaman untuk suami dan anak pulak ye...dan extra lagi pengalaman mengandungkan anak ketiga ni...

Kalau nak tau apa yang saya amakkan sepanjang beberapa tahun ni... Saya mengamalkan:
Vitalea ( multivitamin) - 1 ke 2 biji setiap hari
Sustained Release Vitamin C - 1 ke 2 biji sehari
B complex - 1 ke 2 biji sehari
Ostematrix (Kalsium dan Vit D) - 4 biji sehari
ESP - 3 sudu besar setiap hari

Untuk pengalaman saya yang lain...sila lawati:

1. Pengalaman semasa mengandung
2. Pengalaman dalam penyusuan

Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Untuk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, October 7, 2014

Promosi Oktober 2014 / ESP (Energizing Soy Protein)

       
850g - Retail Price: RM150.00

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya  dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tingggi dengan kandungan 14gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bg setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Fakta- Fakta lain Tentang ESP
  • Air digunakan untuk mencuci bagi mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, genistein dan daidzein, juga menyediakan anda dengan kebaikan keseluruhan soya
  • Non-GMO( tidak diubahsuai secara genetik) protein berasaskan tumbuhan yang memastikan yang kacang soya kami bebas daripada kacang soya yang diubahsuai secara genetik
  • Indeks glisemik menetapkan tahap karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi manakala tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. Mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan mengekalkan kesihatan dalam jangkamasa panjang,

Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Untuk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
 Emel : sihatbooster@gmail.com
 Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, October 2, 2014

BREASTPUMP : Malish Ilaria Double Electric Breast Pump Package



KELEBIHAN PEMBELIAN BERSAMA KAMI:

*FREE Konsultansi
*FREE Jadual Pam


Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Untuk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
 Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

BREASTPUMP : Evelove Manual Breastpump

Evelove Manual Breastpump
Harga : RM119.00 (tak termasuk penghantaran)

The Eve Love Manual Breastpump is designed for ultimate comfort and convenience of breastfeeding mothers.

It's Special Features include:
1. Lightweight & Portable
2. Efficient suction to empty breasts yet comfortable
3. Silicon breastshields for mother's upmost comfort while pumping
4. Easy to assemble parts
5. Comfortable-grip handle


Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Untuk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...