Showing posts with label pantang. Show all posts
Showing posts with label pantang. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Panduan asas bersalin / pantang siri 2

Siri kedua berkenaan panduan asas bersalin/ pantang...

Tentunya puan dah bersedia untuk menghadapi saat- saat untuk melahirkan anak... Jadi ada beberapa perkara yang perlu disediakan sebelum melahirkan...

1. Kelengkapan untuk dibawa ke hospital
Perlu sediakan baju ibu selepas discaj , pastikan selesa dan mudah untuk menyusukan anak...
- stoking (untuk ibu), sarung kaki dan tangan anak
- baju nursing
- seluar/ kain untuk ibu
- sepasang baju untuk bayi
- selimut atau kain menyambut bayi...
- pam susu ( sekiranya perlu)
- bawa birth plan

2. Pastikan telah ada tukang urut / penjaga semasa berpantang
- ada banyak perkhidmatan yang kini menawarkan untuk menjaga ibu berpantang serta anak antaranya (promosi tidak berbayar)..
a. https://www.facebook.com/penjagaanpantang
b. Shadira Post Natal and Beauty House shadirabeauty.com

3. Makanan berpantang
Pastikan telah sediakan makanan untuk berpantang...ibu berpantang memerlukan khasiat dan tenaga yang banyak untuk menyusukan anak..

4. Memerah susu badan untuk ibu berkerjaya (juga untuk suri rumah bagi masa kecemasan)
- perah susu setiap kali bersama bayi sekiranya bayi tidak menyusu daripada kedua-dua payudara , sekiranya bayi telah menyusu daripada kedua-dua belah payudara perlu diperah selepas 5 ke 10 minit selepas itu selama 10 ke 15 minit.
- buat secara rutin pemerahan susu badan
- jangan risau jika sekiranya mula-mula dapat susu yang sedikit. Perut bayi belum besar lagi. Boleh rujuk gambar sebagai panduan ye...Please ye jangan risau sangat kalau bayi asyik nak bangun setiap 30 minit ke 45 minit ke.Susu ibu ni mudah hadam, so memang bayi akan menyusu dengan kerap masa awal-awal berpantang ye.. So ibu-ibu tolong pekakkan telinga jika ada yang nak cakap tak cukup susu la apala ye, nak bagi susu lain la, bagi air la.NO! once dah supplemen dengan susu lain akan menyukarkan ibu kerana hisapan bayi akan menyebabkan badan memberikan indicator perlu menyediakan lebih banyak susu untuk accomodate anak.
PLEASE ye be happy! Hormon oxytoxin yang badan keluarkan semasa kita gembira, menyusukan anak dan ehm,ehm (18SX) membantu untuk menambahkan dan melancarkan pengaliran susu. SO MOTHERS...BE HAPPY!

Copyright Babies First Lactation and Education
Sumber : Babies First Lactation 


5. Penyimpanan stok susu badan semasa pantang dan semasa bekerja

a. pastikan mempunyai peti sejuk dan peti sejuk beku (lebih bagus jika sekiranya mempunyai deep freezer khas untuk penyimpanan bekalan susu badan yang boleh bertahan 6 ke 12 bulan)
b. Botol-botol susu saiz (5 oz) ataupun milk bag...terpulang kepada kesesuaian dan kepentingan ibu.
c. Pam susu yang sesuai dengan ibu...ataupun boleh memerah susu dengan menggunakan tangan sahaja. Boleh layari youtube untuk mendapatkan cara-cara memerah.
d. Cooler beg - beg yang sesuai untuk menyimpan bekalan susu yang telah diperah. Tahan sejuk.
e. Pek ais - pastikan yang boleh tahan sepanjang masa bekerja, sekiranya tidak mempunyai peti sejuk di pejabat.


Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Untuk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, September 30, 2014

Panduan asas bersalin / pantang siri 1

Kepada ibu-ibu yang mengandung, tahniah kerana akan mendapat cahaya mata... Tetapi ada sesetengah ibu-ibu yang masih belum berpengalaman untuk hadapi saat bersalin dan juga berpantang...Jangan risau, insya allah ada beberapa panduan dan tips untuk ibu-ibu mengandung...

Panduan sebelum bersalin :

1. Pemakanan yang seimbang
Memastikan bahawa pemakanan daripada karbohidrat, protein, lemak vitamin adalah seimbang dan menepati keperluan ibu mengandung serta anak di dalam kandungan. Kurangkan makanan bergula dan garam yang lebih bagi mengelakkan risiko mendapat diabetes serta darah tinggi. Pemakanan makanan tambahan juga membantu ibu-ibu mengandung yang sibuk untuk memastikan bahawa zat-zat yang diperlukan kandungan adalah mencukupi.

2. Pakaian mengandung/ nursing, pakaian dalaman
a. Pakaian mengandung :
perlulah sesuai dan menepati keperluan syarak(bagi ubu-ibu beragama islam). Pastikan pakaian yang dibeli adalah multipurpose (kepelbagai guna)..Contoh pembelian baju nursing yang boleh digunakan semasa mengandung. Jadi telah ada penjimatan di dalam pembelian baju bagi menyusukan anak nanti.

b. Pakaian dalaman:
Membeli bra penyusuan bagi ibu-ibu yang bercadang untuk menyusukan anak-anak. Bra penyusuan ada pelbagai jenis bagi kegunaan harian serta malam. Juga ada camisole nursing yg dijual yang boleh digunakan pada waktu harian.

3.Kelas persediaan bersalin
Kelas-kelas bersalin ni banyak yang ditawarkan di dalam hospital swasta dan juga badan-badan swasta. Ada juga kelas-kelas bersalin khas yang ditawarkan kepada ibu-ibu mengandung yang membantu untuk memberikan bimbingan kepada cara-cara untuk bersalin secara alami (normal), seperti Hypnobirthing, Amani, Lamaze dan lain-lain.

4. Group bersalin / bimbingan
Puan juga boleh cuba google kumpulan-kumpulan ibu mengandung dan lain-lain untuk membantu mendapatkan bimbingan dan nasihat bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah sesuai dan tepat.

5. Pemilihan Hospital - Rakan Bayi

Pemilihan hospital memberi peranan penting bagi memastikan bahawa ibu dapat memberikan yang terbaik untuk bayi mereka. Pemilihan hospital rakan bayi dapat membantu ibu untuk memberikan susu badan sejurus selepas melahirkan dan memastikan pemantauan daripada hospital tersebut. Kebanyak hospital kerajaan dan juga ada sesetengah hospital swasta yang menawarkan cara ini. Susu ibu ada susu yang terbaik untuk bayi anda. Komposisi susu ibu telah direka khas untuk bayi anda...

6. Kelengkapan bayi

Kelengkapan asas bayi :
1. Baju bayi - beli hanya 2 ke 3 helai sahaja. Bayi akan cepat membesar.
2. Baju tidur
3. Set Tilam bayi - jika boleh beli yang bersekali dengan kelambu nyamuk, banyak terdapat di pasaran sekarang.
4. Kain selimut - multipurpose, boleh digunakan untuk bedung bayi dan juga selimut bayi.
5. Katil / baby cot-  terpulang kepada bajet ibubapa. Bayi boleh juga ditidurkan di lantai kerana telah membeli set tilam(lebih selamat).
6. Set stoking tangan dan kaki.

Ok selesai panduan asas ni...nantikan posting seterusnya untuk siri ke 2...


Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Anda Berminat?
utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...