Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Panduan asas bersalin / pantang siri 1

Kepada ibu-ibu yang mengandung, tahniah kerana akan mendapat cahaya mata... Tetapi ada sesetengah ibu-ibu yang masih belum berpengalaman untuk hadapi saat bersalin dan juga berpantang...Jangan risau, insya allah ada beberapa panduan dan tips untuk ibu-ibu mengandung...

Panduan sebelum bersalin :

1. Pemakanan yang seimbang
Memastikan bahawa pemakanan daripada karbohidrat, protein, lemak vitamin adalah seimbang dan menepati keperluan ibu mengandung serta anak di dalam kandungan. Kurangkan makanan bergula dan garam yang lebih bagi mengelakkan risiko mendapat diabetes serta darah tinggi. Pemakanan makanan tambahan juga membantu ibu-ibu mengandung yang sibuk untuk memastikan bahawa zat-zat yang diperlukan kandungan adalah mencukupi.

2. Pakaian mengandung/ nursing, pakaian dalaman
a. Pakaian mengandung :
perlulah sesuai dan menepati keperluan syarak(bagi ubu-ibu beragama islam). Pastikan pakaian yang dibeli adalah multipurpose (kepelbagai guna)..Contoh pembelian baju nursing yang boleh digunakan semasa mengandung. Jadi telah ada penjimatan di dalam pembelian baju bagi menyusukan anak nanti.

b. Pakaian dalaman:
Membeli bra penyusuan bagi ibu-ibu yang bercadang untuk menyusukan anak-anak. Bra penyusuan ada pelbagai jenis bagi kegunaan harian serta malam. Juga ada camisole nursing yg dijual yang boleh digunakan pada waktu harian.

3.Kelas persediaan bersalin
Kelas-kelas bersalin ni banyak yang ditawarkan di dalam hospital swasta dan juga badan-badan swasta. Ada juga kelas-kelas bersalin khas yang ditawarkan kepada ibu-ibu mengandung yang membantu untuk memberikan bimbingan kepada cara-cara untuk bersalin secara alami (normal), seperti Hypnobirthing, Amani, Lamaze dan lain-lain.

4. Group bersalin / bimbingan
Puan juga boleh cuba google kumpulan-kumpulan ibu mengandung dan lain-lain untuk membantu mendapatkan bimbingan dan nasihat bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah sesuai dan tepat.

5. Pemilihan Hospital - Rakan Bayi

Pemilihan hospital memberi peranan penting bagi memastikan bahawa ibu dapat memberikan yang terbaik untuk bayi mereka. Pemilihan hospital rakan bayi dapat membantu ibu untuk memberikan susu badan sejurus selepas melahirkan dan memastikan pemantauan daripada hospital tersebut. Kebanyak hospital kerajaan dan juga ada sesetengah hospital swasta yang menawarkan cara ini. Susu ibu ada susu yang terbaik untuk bayi anda. Komposisi susu ibu telah direka khas untuk bayi anda...

6. Kelengkapan bayi

Kelengkapan asas bayi :
1. Baju bayi - beli hanya 2 ke 3 helai sahaja. Bayi akan cepat membesar.
2. Baju tidur
3. Set Tilam bayi - jika boleh beli yang bersekali dengan kelambu nyamuk, banyak terdapat di pasaran sekarang.
4. Kain selimut - multipurpose, boleh digunakan untuk bedung bayi dan juga selimut bayi.
5. Katil / baby cot-  terpulang kepada bajet ibubapa. Bayi boleh juga ditidurkan di lantai kerana telah membeli set tilam(lebih selamat).
6. Set stoking tangan dan kaki.

Ok selesai panduan asas ni...nantikan posting seterusnya untuk siri ke 2...


Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Anda Berminat?
utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, April 9, 2014

Tips Penyusuan Yang Berkesan


Penyusuan bayi masa kini merupakan sesuatu yang semakin biasa di dengar dan memang digalakkan... Tips untuk penyusuan yang berkesan ni memang daripada pengalaman sendiri dan insya allah boleh dipraktikkan...
1. Niat & Pembacaan berkenaan Susu Ibu

Niat perlu ditetapkan agar dapat menetapkan dalam minda bahawa ibu akan menyusukan anaknya selepas dilahirkan. Pembacaan mengenai susu ibu dan kelebihannya memang telah banyak pada masa kini dan sekarang lebih mudah, klik aje Mr. GOOGLE dan semua mengenai penyusuan bayi telah ada tertulis...

2. Lekapan yang betul

Setelah melahirkan anak, bagi ibu yang first timer memang ada masalah sikit untuk dapatkan lekapan yang betul. Untuk kurang menyakitkan dan dapat menyusukan anak dengan selesa, jangan segan untuk minta bantuan daripada jururawat, kaunselor laktasi ( sama ada yang di hospital atau persendirian) serta rakan-rakan atau saudara mara yang telah ada pengalaman sendiri.

3. Pastikan memakan makanan yang seimbang dan sihat

Makanan serta minuman yang berkhasiat dan seimbang memang penting untuk ibu dan juga anak. Apa yang ibu makan memang akan diterima oleh bayi melalui susu ibu. Pastikan juga sentiasa tengok keadaan bayi untuk pemakanan ibu. Takut nanti anak sensitif terhadap makanan yang dimakan ibu.

4. Cukup rehat

Kebiasaannya memang ibu memerlukan rehat yang cukup untuk membolehkan menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Jadi, pastikan semasa pantang suami ataupun keluarga membantu dalam menjaga hal ehwal rumah.

5. Perahan susu

Sebaik-baiknya semasa dalam pantang ibu-ibu perlu rajinkan diri untuk memerah susu. Ada pelbagai cara untuk memerah susu, sama ada dengan tangan (marmet), menggunakan pam manual ataupun pam elektrik/ bateri. Pelbagai jenama pam yang dah ada di pasaran, tapi sila pastikan pam yang dibeli sesuai. Bukan semua pam sesuai untuk setiap orang, jadi tips yang paling baik adalah untuk membeli pam daripada penjual yang membolehkan ibu untuk mencuba pam tersebut.

Susu ibu boleh diperah 10 ke 15 minit selepas setiap penyusuan. Memang mula-mula susu yang keluarkan adalah sedikit, namun badan ibu akan memberikan isyarat untuk menghasilkan susu yang lebih banyak jika dilakukan secara konsisten setiap hari. Jadi kena sentiasa rajin untuk memerah susu jika inginkan susu yang banyak untuk bayi.

Copyright Babies First Lactation and Education
Sumber : Babies First Lactation

6. Bekas simpan susu

Susu yang telah diperah boleh disimpan di dalam botol 2oz atau 5 oz. Ataupun boleh disimpan di dalam liner. Secara peribadi, saya simpan dalam kedua-dua cara dan dapati bahawa jika simpan dalam botol memang akan ambil ruang yang banyak tapi kalau simpan dalam liner plastik akan ambil ruang yang sedikit. Tapi ianya bergantung kepada bajet kerana liner boleh digunakan sekali sahaja dan perlu dibuang selepas digunakan sekali. Kalau botol akan bertahan lama sehingga hilang label pada botol atau tukar warna baru boleh dibuang.

Jingle Jungle - Breastmilk Storage Bag (7oz) *25 Pieces* NEW
Milk storage bag

Autumnz Breastmilk Storage Bottles(purple)
Contoh : Botol penyimpanan susu perahan ibu
Botol susu (saiz 5oz). Saiz bergantung kepada keperluan dan kesesuaian.


7. Peti ais / Freezer

Susu perahan ibu, boleh disimpan di dalam peti ais di bawah atau chiller untuk tempoh 3 ke 5 hari. Selepas itu, boleh disimpan di peti ais 2 pintu di bahagian freezer selama 3 bulan. Jika ada bajet yang lebih, boleh beli freezer khas untuk simpan susu perahan dan ianya boleh tahan sehingga 12 bulan.

8. Perkara yang diperlukan untuk penyusuan bagi ibu berkerjaya

a. Beg cooler

Bagi ibu yang berkerjaya yang memilih untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun, perlu membeli beg cooler untuk simpan susu

Eve Love Cooler Bag
Contoh : Cooler Bag

b. Botol susu/ milk bag storage (beg plastik susu) (seperti nombor 6)

Kedua-dua item yang dimaksudkan di atas mempunyai kelebihan masing-masing. Jika menggunakan storage bag lebih mudah dan lebih banyak boleh di simpan di dalam peti sejuk dan freezer, kerana fizikal yang mudah diubah. Tetapi, mudah pecah jika tidak disimpan dengan baik dan juga ada juga kemungkinan untuk tumpah (setelah dipanaskan untuk tujuan penyusuan) semasa dituangkan ke dalam botol susu.

Manakala botol susu pula, keadaan fizikalnya yang agak besar dan menyebabkan sedikit ruang di dalam freezer/ peti sejuk untuk tujuan penyimpanan, serta harga yang lebih mahal. Tetapi, bukan bersifat disposable jadi boleh guna banyak kali dan mudah untuk dipanaskan serta tidak akan membazir susu yang telah diperah jika sekiranya menggunakan botol susu yang sama untuk tujuan penyusuan.

c. Pam untuk perahan susu ibu

Terlalu banyak pam yang telah dijual masa kini dengan harga yang mahal atau murah, single atau double pump, manual atau letrik. Semuanya terpulang pada kesesuaian masing-masing. Saya nasihatkan untuk pergi ke kedai yang menjual pam dan mencuba semua pam yang ada yang ditawarkan dan diberikan oleh penjual untuk mencuba.
Medela Freestyle Breast Pump
Contoh : Pam elektrik / bateri


d. Nursing Shawl

Saya menggunakan double pump bateri yang mudah untuk dibawa ke mana-mana (dan akan digunakan setiap masa even semasa seminar atau mesyuarat). Jadi nursing shawl memang amat memberikan kemudahan kepada saya semasa di pejabat dan juga semasa keluar bersama-sama bayi untuk pemyusuan. Beli nursing shawl yang berkualiti dan sesuai untuk cuaca di Malaysia ye...


Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, November 19, 2012

Simptom kekurangan Kalsium...

Kali ni plak nak bercerita pasal simptom kekurangan kalsium....Ikutkan info ni ada la gak yang dah tau kan apa simptomnya...tapi bagi yang tak tau tu boleh la menambahkan ilmu ye....layan jela.....

Apa simptom kekurangan kalsium?

1. Tulang dan gigi rapuh (Osteoporosis)
2. Sakit sendi dan kebas-kebas
3. Kejang Otot
4. Sakit sendi
5. Artritis
6. Susah untuk tidur (Insomnia)

Petikan daripada National Institutes of Health :

If left untreated, calcium deficiency leads to death.....Over the long term, inadequate calcium intake causes osteopenia which if untreated can lead to osteoporosis. The risk of bone fractures also increases, especially in older individuals [1]. Calcium deficiency can also cause rickets, though it is more commonly associated with vitamin D deficiency [1].


Shaklee Independent Distributor
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan.
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...