Showing posts with label Vita-Lea®. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea®. Show all posts

Monday, November 17, 2014

SHAKLEE EFFECT : Testimoni Family Wellness







Shaklee Independent Distributor

Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan.
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, September 30, 2014

Panduan asas bersalin / pantang siri 1

Kepada ibu-ibu yang mengandung, tahniah kerana akan mendapat cahaya mata... Tetapi ada sesetengah ibu-ibu yang masih belum berpengalaman untuk hadapi saat bersalin dan juga berpantang...Jangan risau, insya allah ada beberapa panduan dan tips untuk ibu-ibu mengandung...

Panduan sebelum bersalin :

1. Pemakanan yang seimbang
Memastikan bahawa pemakanan daripada karbohidrat, protein, lemak vitamin adalah seimbang dan menepati keperluan ibu mengandung serta anak di dalam kandungan. Kurangkan makanan bergula dan garam yang lebih bagi mengelakkan risiko mendapat diabetes serta darah tinggi. Pemakanan makanan tambahan juga membantu ibu-ibu mengandung yang sibuk untuk memastikan bahawa zat-zat yang diperlukan kandungan adalah mencukupi.

2. Pakaian mengandung/ nursing, pakaian dalaman
a. Pakaian mengandung :
perlulah sesuai dan menepati keperluan syarak(bagi ubu-ibu beragama islam). Pastikan pakaian yang dibeli adalah multipurpose (kepelbagai guna)..Contoh pembelian baju nursing yang boleh digunakan semasa mengandung. Jadi telah ada penjimatan di dalam pembelian baju bagi menyusukan anak nanti.

b. Pakaian dalaman:
Membeli bra penyusuan bagi ibu-ibu yang bercadang untuk menyusukan anak-anak. Bra penyusuan ada pelbagai jenis bagi kegunaan harian serta malam. Juga ada camisole nursing yg dijual yang boleh digunakan pada waktu harian.

3.Kelas persediaan bersalin
Kelas-kelas bersalin ni banyak yang ditawarkan di dalam hospital swasta dan juga badan-badan swasta. Ada juga kelas-kelas bersalin khas yang ditawarkan kepada ibu-ibu mengandung yang membantu untuk memberikan bimbingan kepada cara-cara untuk bersalin secara alami (normal), seperti Hypnobirthing, Amani, Lamaze dan lain-lain.

4. Group bersalin / bimbingan
Puan juga boleh cuba google kumpulan-kumpulan ibu mengandung dan lain-lain untuk membantu mendapatkan bimbingan dan nasihat bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah sesuai dan tepat.

5. Pemilihan Hospital - Rakan Bayi

Pemilihan hospital memberi peranan penting bagi memastikan bahawa ibu dapat memberikan yang terbaik untuk bayi mereka. Pemilihan hospital rakan bayi dapat membantu ibu untuk memberikan susu badan sejurus selepas melahirkan dan memastikan pemantauan daripada hospital tersebut. Kebanyak hospital kerajaan dan juga ada sesetengah hospital swasta yang menawarkan cara ini. Susu ibu ada susu yang terbaik untuk bayi anda. Komposisi susu ibu telah direka khas untuk bayi anda...

6. Kelengkapan bayi

Kelengkapan asas bayi :
1. Baju bayi - beli hanya 2 ke 3 helai sahaja. Bayi akan cepat membesar.
2. Baju tidur
3. Set Tilam bayi - jika boleh beli yang bersekali dengan kelambu nyamuk, banyak terdapat di pasaran sekarang.
4. Kain selimut - multipurpose, boleh digunakan untuk bedung bayi dan juga selimut bayi.
5. Katil / baby cot-  terpulang kepada bajet ibubapa. Bayi boleh juga ditidurkan di lantai kerana telah membeli set tilam(lebih selamat).
6. Set stoking tangan dan kaki.

Ok selesai panduan asas ni...nantikan posting seterusnya untuk siri ke 2...


Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Anda Berminat?
utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, April 9, 2014

Tips Penyusuan Yang Berkesan


Penyusuan bayi masa kini merupakan sesuatu yang semakin biasa di dengar dan memang digalakkan... Tips untuk penyusuan yang berkesan ni memang daripada pengalaman sendiri dan insya allah boleh dipraktikkan...
1. Niat & Pembacaan berkenaan Susu Ibu

Niat perlu ditetapkan agar dapat menetapkan dalam minda bahawa ibu akan menyusukan anaknya selepas dilahirkan. Pembacaan mengenai susu ibu dan kelebihannya memang telah banyak pada masa kini dan sekarang lebih mudah, klik aje Mr. GOOGLE dan semua mengenai penyusuan bayi telah ada tertulis...

2. Lekapan yang betul

Setelah melahirkan anak, bagi ibu yang first timer memang ada masalah sikit untuk dapatkan lekapan yang betul. Untuk kurang menyakitkan dan dapat menyusukan anak dengan selesa, jangan segan untuk minta bantuan daripada jururawat, kaunselor laktasi ( sama ada yang di hospital atau persendirian) serta rakan-rakan atau saudara mara yang telah ada pengalaman sendiri.

3. Pastikan memakan makanan yang seimbang dan sihat

Makanan serta minuman yang berkhasiat dan seimbang memang penting untuk ibu dan juga anak. Apa yang ibu makan memang akan diterima oleh bayi melalui susu ibu. Pastikan juga sentiasa tengok keadaan bayi untuk pemakanan ibu. Takut nanti anak sensitif terhadap makanan yang dimakan ibu.

4. Cukup rehat

Kebiasaannya memang ibu memerlukan rehat yang cukup untuk membolehkan menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Jadi, pastikan semasa pantang suami ataupun keluarga membantu dalam menjaga hal ehwal rumah.

5. Perahan susu

Sebaik-baiknya semasa dalam pantang ibu-ibu perlu rajinkan diri untuk memerah susu. Ada pelbagai cara untuk memerah susu, sama ada dengan tangan (marmet), menggunakan pam manual ataupun pam elektrik/ bateri. Pelbagai jenama pam yang dah ada di pasaran, tapi sila pastikan pam yang dibeli sesuai. Bukan semua pam sesuai untuk setiap orang, jadi tips yang paling baik adalah untuk membeli pam daripada penjual yang membolehkan ibu untuk mencuba pam tersebut.

Susu ibu boleh diperah 10 ke 15 minit selepas setiap penyusuan. Memang mula-mula susu yang keluarkan adalah sedikit, namun badan ibu akan memberikan isyarat untuk menghasilkan susu yang lebih banyak jika dilakukan secara konsisten setiap hari. Jadi kena sentiasa rajin untuk memerah susu jika inginkan susu yang banyak untuk bayi.

Copyright Babies First Lactation and Education
Sumber : Babies First Lactation

6. Bekas simpan susu

Susu yang telah diperah boleh disimpan di dalam botol 2oz atau 5 oz. Ataupun boleh disimpan di dalam liner. Secara peribadi, saya simpan dalam kedua-dua cara dan dapati bahawa jika simpan dalam botol memang akan ambil ruang yang banyak tapi kalau simpan dalam liner plastik akan ambil ruang yang sedikit. Tapi ianya bergantung kepada bajet kerana liner boleh digunakan sekali sahaja dan perlu dibuang selepas digunakan sekali. Kalau botol akan bertahan lama sehingga hilang label pada botol atau tukar warna baru boleh dibuang.

Jingle Jungle - Breastmilk Storage Bag (7oz) *25 Pieces* NEW
Milk storage bag

Autumnz Breastmilk Storage Bottles(purple)
Contoh : Botol penyimpanan susu perahan ibu
Botol susu (saiz 5oz). Saiz bergantung kepada keperluan dan kesesuaian.


7. Peti ais / Freezer

Susu perahan ibu, boleh disimpan di dalam peti ais di bawah atau chiller untuk tempoh 3 ke 5 hari. Selepas itu, boleh disimpan di peti ais 2 pintu di bahagian freezer selama 3 bulan. Jika ada bajet yang lebih, boleh beli freezer khas untuk simpan susu perahan dan ianya boleh tahan sehingga 12 bulan.

8. Perkara yang diperlukan untuk penyusuan bagi ibu berkerjaya

a. Beg cooler

Bagi ibu yang berkerjaya yang memilih untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun, perlu membeli beg cooler untuk simpan susu

Eve Love Cooler Bag
Contoh : Cooler Bag

b. Botol susu/ milk bag storage (beg plastik susu) (seperti nombor 6)

Kedua-dua item yang dimaksudkan di atas mempunyai kelebihan masing-masing. Jika menggunakan storage bag lebih mudah dan lebih banyak boleh di simpan di dalam peti sejuk dan freezer, kerana fizikal yang mudah diubah. Tetapi, mudah pecah jika tidak disimpan dengan baik dan juga ada juga kemungkinan untuk tumpah (setelah dipanaskan untuk tujuan penyusuan) semasa dituangkan ke dalam botol susu.

Manakala botol susu pula, keadaan fizikalnya yang agak besar dan menyebabkan sedikit ruang di dalam freezer/ peti sejuk untuk tujuan penyimpanan, serta harga yang lebih mahal. Tetapi, bukan bersifat disposable jadi boleh guna banyak kali dan mudah untuk dipanaskan serta tidak akan membazir susu yang telah diperah jika sekiranya menggunakan botol susu yang sama untuk tujuan penyusuan.

c. Pam untuk perahan susu ibu

Terlalu banyak pam yang telah dijual masa kini dengan harga yang mahal atau murah, single atau double pump, manual atau letrik. Semuanya terpulang pada kesesuaian masing-masing. Saya nasihatkan untuk pergi ke kedai yang menjual pam dan mencuba semua pam yang ada yang ditawarkan dan diberikan oleh penjual untuk mencuba.
Medela Freestyle Breast Pump
Contoh : Pam elektrik / bateri


d. Nursing Shawl

Saya menggunakan double pump bateri yang mudah untuk dibawa ke mana-mana (dan akan digunakan setiap masa even semasa seminar atau mesyuarat). Jadi nursing shawl memang amat memberikan kemudahan kepada saya semasa di pejabat dan juga semasa keluar bersama-sama bayi untuk pemyusuan. Beli nursing shawl yang berkualiti dan sesuai untuk cuaca di Malaysia ye...


Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, January 15, 2013

TWP | SUGAR CONTROL SET

RETAIL PRICE : RM 553.75
"Help Improve Glucose Intolerence and Maintain Overall Health"
Penyakit  kencing  manis semakin menular dikalangan orang ramai, tetapi masih ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis.

Penyakit kencing manis membawa kepada masalah:

  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Hilang fungsi saraf

Set Sugar Control Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.

Kebaikan Set Ini:

  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semutan
  • Membantu menyembuhkan luka

Set Ini Mengandungi :

1x ESP - Soy Protein Isolate Powder (850g) 
Membekalkan Tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yg semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendahyang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan mengalakkan kesihatan jantung dan prostat
************************************************************************************************************


1x Vita-Lea® Iron Formula (120 tablet)
Makanan tambahan yangs eimbang dna paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu di miliki, Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Penggunaan harian Vita-Lea bole:

  • Meningkatkan kesihatan secar menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
************************************************************************************************************

1x GLA COMPLEX (60 tablet)
GLA (  asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asik lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kite utk membentuk prostaglandin- bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

  • Mengalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  • Menyokong sistem imun
  • Minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah diserap.
************************************************************************************************************

1x ALFALFA COMPLEX (700tablet)
Antara Khasiat dan Kebaikan Alfalfa Complex:

  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan..........dan banyak lagi
************************************************************************************************************ 

1x Sustained Release Vita-CTM500 mg (180tablet)
  • Merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semula jadi secara berperingkat selama 5(lima) jam.
  • Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi secara menyeluruh.
  • Menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.
  • Tubuh sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  
  • Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. 
  • Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.
***********************************************************************************************************


1x ZINC COMPLEX (120tablet)
Zinc hadir di dalam semua sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim dimana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Ia perlu untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan

  • Satu tablet membekalkan 100% nilai harian bgi zinc
  • Dirumus khas dengan zinc glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang
  • Dengan rumusan sayur sayuran
  • Zinc Dapat Meningkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan
************************************************************************************************************


Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, January 6, 2013

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Entry ni memang sesuai untuk masa kini , di mana ibubapa telah mengetahui kebaikan penyusuan susu ibu kepada ibu dan juga anak yang dilahirkan...

Penyusuan susu ibu adalah cara yang paling selamat dan sihat untuk menyusukan bayi anda kerana susu ibu telah diketahui umum sebagai susu yang sempurna bagi menyediakan nutrisi lengkap kepada bayi dengan banyak kebaikan yang terdiri daripada tumbesaran , kesihatan dan perkembangan bayi.

Banyak kajian yang telah dibuat dan menunjukkan bahawa virus perut, masalah pernafasan dan meningitis sangat kurang berlaku kepada bayi yang disusukan ibu. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi sel imun semulajadi seperti antibodi yang melindungi bayi daripada kuman dan penyakit.

Diet yang sihat dan seimbang diperlukan wanita yang menyusukan untuk memastikan penghasilan susu yang sihat dan juga kesihatan ibu. 

Kebaikan untuk bayi

1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ianya mengandungi ke semua nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
- mudah dihadamkan
- sentiasa tersedia pada suhu yang tetap 
- bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat.

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi.
- kolostrum susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertma sehingga hari ketiga mengamdungi antibodi (iga) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain.

Kebaikan untuk Ibu

1. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
2. Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah.
3. Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
4. Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman.
5. Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan.

Sumber : Artikel kumpulan sokongan penyusuan susu ibu KPJ Selangor

Di sini kami cadangkan suplemen berikut untuk ibu yang menyusukan bagi memastikan tumbesaran bayi yang  sihat dan bagi kesihatan ibu yang sihat.

1. Multivitamin (Vitalea)
- ianya memberikan vitamin dan mineral yang penting bagi ibu yang tidak boleh didapati daripada pemakanan harian. Jumlah yang sihat terutamanya vitamin B dan C membantu untuk menghasilkan susu ibu yang lengkap bernutrisi dan mempromosikan kesihatan menyeluruh ibu dan bayi
- Vitamin C memainkan peranan dalam penyelenggaraan dan perkembangan tisu dan ianya penting bagi perkembangan bayi yang disusukan
- Vitamin B Complex membantu dalam mengekalkan sistem saraf yang sihat bagi bayi. Ianya juga penting bagi penghasilan hormon , sel darah merah dan pengahasilan tenga bagi sel-sel.

2. Protein (ESP)
Bayi memerlukan banyak protein untuk membantu mengalakkan dan menampung perkembangan dan tumbesaran kerana protein merupakan blok pembinaan asas badan. Punca protein yang bagus seperti protein soya dalam diet penyusuan penting bagi penghasilan susu.

3. Kalsium (Ostematrix)
Susu ibu terdiri daripada 40% kalsium . Kalsium diperlukan untuk perkembangan tulang dan gigi bayi.

4. Asid Lemak Omega 3 (OmegaGuard)
Pemakanan asid lemak omega 3 semasa penyusuan boleh membantu perkembangan otak dan mata bayi. ianya telah dibuktikan secara saintifik bahawa jika lebih banyak omega 3 yang terdapat di dalam otak, maka neuron di dalam otak akan lebih mudah berkomunikasi.

5. Alfalfa (Alfalfa Complex)
Alfalfa mengandungi banyak nutrisi penting dan vitamin seperti vitamin K,A,B1,B6,C ,E, Kalsium, Zink dan Zat besi. Ke semua zat ini adalah penting untuk perkembangan dan tumbesaran yang sihat. Alfalfa juga telah digunakan secara tradisional untuk membantu meningkatkan penghasilan susu untuk ibu yang menyusukan.

Rujukan :
1. http://www.dhaomega3.org/Life-Stages/Lactation
2. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18403927 

Anda juga boleh lihat cadangan set penyusuan kami di sini. Cadangan suplemen yang diberikan adalah tertakluk kepada masalah penyusuan yang dihadapi ibu. Kami di Sihat Booster memahami bahawa setiap ibu mempunyai masalah yang berlainan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. 

Penyusuan susu ibu adalah satu anugerah tuhan kepada ibu dan bayi. Ianya sepatutnya merupakan sesuatu yang mudah dan menyenangkan dan penuh dengan kasih sayang. Suplemen ini adalah suplemen yang biasa diambil oleh pelanggan kami dan ianya telahpun terbukti dengan testimoni daripada  pengguna. Setiap pembelian daripada kami adalah EKSKLUSIF dan anda akan diberikan konsultansi yang percuma serta EXTRA,EXTRA....
Jadi hubungi kami untuk pertanyaan lanjut ye....kami memang sentiasa memberikan harga yang berpatutan dan juga cuba memberikan after sales service yang mantap.... 

Shaklee Independent Distributor 
Nor Hana 
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 862687 
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di : 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, December 12, 2012

Panduan pemakanan semasa Hamil

Entry kali ni berkisar tentang penghamilan.... Tahniah jika anda hamil!!!Saya pasti ramai ibu-ibu dan bapa mahukan anak dan juga mahukan nutrisi yang terbaik untuk anak dalam kandungan. Jadi di sini saya ceritakan serba sedikit mengenai pemakanan yang diperlukan untuk bayi dalam kandungan dan juga ibu yang hamil...

Untuk memastikan janin berkembang dengan sihat dan menurut potensi sepenuhnya, khasiat pemakanan merupakan suatu aspek yang pening sewaktu hamil. Berikut adalah panduan pemakanan untuk ibu hamil:

Keperluan
Mengapa diperlukan
Sumber-sumber
Karbohidrat
Karbohidrat kompleks merupakan sumber penting untuk serat dan tenaga dan ia membantu mengelakkan sembelit.
Nasi, bijirin, roti bijirin, pasta, kentang
Lemak
(Omega guard)
Asid-asid lemak poli-tak –tepu rantaian panjang (LCPUFA), seperti DHA (asid dokosaheksaenoik) dan ARA (asid arakidonik), menyumbang kepada pembentukan otak dan mata janin
Ikan-ikan yang berminyak (makerel,hering,salmon,tuna,sardin,kerapu dan wrasse);biji rami,walnut Inggeris, kacang soya,taufu dan minyak sayuran seperti minyak jagung, kanola dan soya.
Protin (ESP)
Asid-asid amino yang membentuk protin adalah amat penting dalam tumbesaran bayi.
Daging,kekacang,hasil tenusu
Bahan Galian (Ostematrix, Vitalea, Zinc Complex)
Kalsium amat diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat 

Zat besi membantu dalam penghasilan hemoglobin, yang membawa oksigen 
untuk perkembangan bayi yang optimum

Magnesium mengurangkan punca berlakunya sawan, kelahiran pra-matang dan pendarahan vagina

Zink diperlukan untuk perkembangan janin yang normal. Ianya juga membantu dari  segi pembangunan tingkahlaku neuro dan ketahanan melawan penyakit bay
Hasil tenusu, sayur-sayuran hijau



Daging tanpa lemak,sayur-sayuran hijau tua, roti bijirn




Sayur-sayuran hijau,hasil tenusu,kekacang



Daging,telur,ikan,kekacang
Vitamin (B Complex, Ostematrix)
Vitamin B6 diperlukan untuk metabolisma protin

Asid folik membantu mengurangkan risiko kerosakan tiub saraf

Vitamin C penting dalam pembentukan tukang dan gigi

Vitamin D diperlukan supaya tulang, tisu dan gigi bayi berkembang dengan sempurna
Daging,sayur –sayuran,telur, kekacang,bijirin

Buah-buahan,sayur-sayuran,daging



Buah-buahan, sayuran hijau


Susu, telur,sardin,cahaya matahari (membantu kulit menghasilkan vitamin)
Air
Memastikan tubuh sentiasa mengekalkan   kandungan air yang sesuai untuk memproses nutrien daripada makanan dan dalam pembentukan sel-sel baru. Kita perlu minum antara 6-8 gelas air sehari
Air,jus buah-buahan, susu
Serat (Alfalfa)
Serat diperlukan untuk mengelak daripada sembelit dan buasir
Kentang,bijirin,kekacang,biji-bijian,sayur-sayuran,buah-buahan segar


sumber: Mead Johnson

Melihatkan kepada sumber pemakanan yang diperlukan oleh ibu hamil, saya ada juga menyenaraikan di dalam kurungan produk Shaklee yang boleh membantu dalam memberikan khasiat nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil serta bayi dalam kandungan. 

Jika anda berminat, sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.....

Shaklee Independent Distributor 
Nor Hana 
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 862687 
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di : 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, November 15, 2012

Cadangan set penyusuan mengikut kesesuaian ibu menyusu

Entry kali ni khas untuk ibu yang menyusukan anak. Untuk makluman ibu yang menyusu,  cadangan set penyusuan ni tak ditawarkan oleh syarikat Shaklee ye...pihak kami hanya memberikan cadangan untuk set penyusuan tersebut, memandangkan kami memahami terdapat situasi yang berbeza  untuk setiap ibu yang menyusukan anak....

Jadi kami memberikan cadangan pelbagai set penyusuan sepert berikut untuk ibu-ibu yang menyusu mengikut kesesuaian ye....

SET B

# Set ini terdiri daripada Vitalea (iaitu multivitamin yang lengkap dengan zat besi) ; vitamin C ; B Complex dan ALFALFA.

# Set ini disyorkan buat ibu-ibu yang TIDAK MEMPUNYAI MASALAH PENYUSUAN
# Tujuan utama pengambilan set ini adalah bagi MEMPERKAYA NUTRISI dalam susu ibu.

# ALFALFA membantu mempercepatkan PENGHASILAN SUSU IBU

# Set ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang mengalami masalah SEMBELIT dan KEPUTIHAN.

# Set ini juga membantu sekiranya bayi anda mempunyai masalah EKZEMA

# KURANG SESUAI bagi ibu-ibu yang baru bersalin/dalam pantang jika bayi mengalami JAUNDICE dan terdapat bayi yang SEDIKIT CIRIT-BIRIT dengan ALFALFA.

Harga pasaran Full Set: RM  288.75 (WM) RM 303.75 (EM)

SET EU-FOUR PACK

# Terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan OSTEMATRIX

# Sesuai/ Disyorkan buat ibu-ibu yang mengalami KEMERUDUMAN SUSU KETIKA HAID

# Alternatif kepada Set B bagi yang ALAH DENGAN ALFALFA

# Juga sesuai untuk ibu-ibu yang TIDAK MINUM SUSU dan ALAH KEPADA LAKTOSA

# OSTEMATRIX merupakan formula lengkap KALSIUM dengan gabungan MAGNESIUM, VITAMIN dan lain-lain mineral

# Set ini membantu ibu-ibu kekal CERGAS BERTENAGA WALAUPUN KURANG TIDUR

Harga pasaran Full Set: RM  296.00 (WM) RM 312.50 (EM)


SET E

# Terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix (SET B + Ostematrix)

# Menambahbaik antara SET B dengan SET EU-FOUR PACK

Harga pasaran Full Set: RM 349.75 (WM) RM 368.75 (EM)


SET BF PLUS

# Terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Energizing Soy Protein (SET B + ESP)

# Sangat di syorkan bagi ibu-ibu yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN yang tidak mempunyai masalah dalam pengambilan kalsium harian.

# Sangat di syorkan bagi ibu-ibu yang sering keletihan, yang risau dengan BERAT BADAN BERTAMBAH kerana ESP membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan.

Harga pasaran Full Set: RM 438.75 (WM)  RM 458.75 (EM)

Klik di sini sekiranya ingin menempah set ini: http://bit.ly/1ofQB1t

SET 3M (TRIPPLE M)

# Terdiri daripada SET B + Ostematrix + ESP (Energizing Soy Protein)

# Sangat disyorkan bagi ibu-ibu yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN

# MASALAH PENYUSUAN yang dimaksudkan ialah dari segi PENGHASILAN SUSU (walaupun pam setiap 3 jam + minum air 3 liter sehari) ; maka set ini membantu memenuhi dan memperbaiki mana-mana kekurangan zat dalam tubuh si ibu supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.

# Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai STOK YANG SEDIKIT/TIADA STOK LANGSUNG

# Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mahu MULA SIMPAN STOK

# Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mahu RELAKTASI/ INDUCE RELACTATION

Harga pasaran Full Set: RM  499.75 (WM)  RM 523.75 (EM)

Ke semua set yang dicadangkan adalah untuk penggunaan daripada 1 hingga 4 bulan. 

Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, October 6, 2012

SHAKLEE EFFECT : Testimoni Penggunaan ESP dalam penyusuan

Pada kali ini, kami bawakan testimoni daripada pengguna bagi produk ESP berserta produk Shaklee yang lain yang telahpun berpuas hati dalam penjayaan penyusuan bayi....Promo bulan ni, ESP...Jadi, mana-mana pembelian produk lain dengan ESP akan mendapat harga yang istimewa berserta EXTRA,EXTRA,EXTRA....Apa yang EXTRA tu...sila PM / Emel/ SMS/ Whatsapp untuk dapatkan maklumat lanjut....


Testimoni pengguna yang berpuas hati  menggunakan produk Shaklee bagi penyusuan....




Testimoni pengguna yang menggunakan set penyusuan = Family Wellness + Alfalfa + Ostematrix


Lagi testimoni pengguna ESP dalam penyusuan....




Lagi testimoni pengguna yang memakan set untuk penyusuan = Family Wellness + Alfalfa + Ostematrix ....

.....Memang best dan berbaloi...Badan yang dulunya penat-penat, sakit-sakit, semua dah hilang dah....Kulit terasa lembut dan tapak kaki saya yang dulunya keras dan tebal, sekarang ni dah halus mulus dah....
" Bonusnya lagi, kalau dulu saya mudah marah dan stress bila penat, sekarang ni tidak lagi. Suami pun pelik sebab saya boleh maintain tenaga dari pagi sampai malam dengan kerja, balik rumah uruskan anak-anak, kerja rumah,urus baju semua.... 
Memang berbaloi-baloi dengan SHAKLEE"


Lagi testimoni berpuas hati dengan penggunaan produk Shaklee untuk penyusuan....

"Sebelum ambil produk Shaklee sehari dalam 16 oz la paling banyak.Alhamdulillah sekarang dengan izin Allah bersama Shaklee saya dapat tambah EBM saya... "



Alhamdulillah, syukur....kepada pengguna yang telah berjaya dalam penyusuan bayi mereka

....Tunggu apa lagi cubalah produk ni....Ramai yang dah mencuba dan berpuas hati.... 


Shaklee Independent Distributor
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan. 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
 Emel : sihatbooster@gmail.com 
 Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, September 7, 2012

PRODUK | Vita-Lea® Iron Formula

Vita-Lea® Iron Formula

120tablet - Retail Price : RM88.75 (WM), RM93.75 (EM)

Multivitamin Yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasi khusus dengan 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh orang dewasa.

Penggunaan Harian Vita-Lea boleh:-

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus, dan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Fakta Menarik Tentang Vita-Lea
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera didalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  • Vita-Lea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk

Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan.
SMS/Whatsapp  : 012 -3797372  
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

SHAKLEE EFFECT : Pengalaman Penulis Mengambil Suplemen Shaklee


[Pengalaman penggunaan suplemen]

Perjalanan Penyusuan

Minat untuk menyusukan anak mula semasa Kamila berumur 4 bulan. Masa tu cik abang yang search cik Google berkenaan dengan susu yang terbaik untuk bayi sebab Kamila masa tu  keluar ruam yang agak banyak. Kamila mula minum susu formula dan campur dengan susu badan semenjak daripada lahir lagi. Masa tu, memang zero knowledge berkenaan penyusuan nih. Ingatkan masa tu, susu formula memang ada yang terbaik untuk bayi, walaupun memang ada terdengar pasal penyusuan bayi ni.

Saya telah berjumpa dengan pakar laktasi dan mula untuk membuat stok dan mulakan  penyusuan badan dengan aktif, tapi,  perjalanan penyusuan dengan Kamila tak berjaya hanya sehingga dia berumur 10 bulan sahaja dan semenjak daripada itu, saya nekad untuk menyusukan anak seterusnya dengan susu badan. 

Pada 9 Jun 2011, lahirlah anak keduaku di KPJ Selangor, Shah Alam. Masa itu, saya mula mencari-cari suplemen yang sesuai untuk dimakan kerana semasa kehamilan serta sewaktu berpantang anak pertama, memang terasa letih , badan tidak bersemangat dan bertenaga.

Nak dijadikan cerita semasa tempoh berpantang, anak kedua juga disahkan ada kuning dan memang  agak risau jika anak menghadapi kuning kerana bayi akan sentiasa tidur dan boleh memberi kesan pada tumbesaran anak.

Semasa mula tempoh berpantang, saya hanya makan jamu dan suplemen obimin. Kemudian, saya terjumpa blog yg menjual supplemen Shaklee oleh Iffah Anuar. Shaklee  memang selalu didengar, tapi saya tidak pernah mencuba lagi sebelum ini kerana tak pasti perlu ke penggunaan vitamin tersebut dan ada juga dengar ianya agak mahal.

Dalam tempoh 2 minggu sebelum habis tempoh berpantang, saya 'decide' untuk membeli suplemen Shaklee kerana ingin mencuba bagi menambahkan susu badan. Harriz namapk macam sentiasa tak puas menyusu dan sentiasa bangun hampir 30 minit atau 45 minit setiap kali selepas menyusu!!! Stress dan penat memang ada, hampir meroyan jugala. Tapi nasib baik iman masih ada dan juga 'support' dari suami tercinta masih boleh bertahan.

Saya mula mencuba Vitalea [Multivitamin],Sustained Vitamin C, B Complex dan Alfalfa  bersama ESP yang dicadangkan oleh Iffah. Memang diakui saya memang tidak berapa percaya akan suplemen tersebut, tapi cuba juga demi anak. Masa tu memang terfikir agak mahal juga suplemen ni, tapi memandangkan saya telah nekad untuk menyusukan anak kedua sehingga sekurang-kurangnya 1 tahun sepenuhnya dengan susu badan, maka cuba jugalah.

Semasa penggunaan suplemen tersebut, minggu pertama dan kedua tiada perubahan yang ketara, namun minggu ketiga saya perasan yang badan dah rasa kurang letih walaupun anak sentiasa bangun malam menyusu setiap 1 jam ke 1.5 jam. Bila bangun pagi badan tak rasa lemah dan bertenaga tak macam masa anak pertama. Saya dah mula yakin dengan penggunaan suplemen tu.

Perubahan pada susu badan pula, nampak lebih pekat, dan kuantiti agak lebih sedikit. Kemudian adik saya perasan yang kulit muka mula nampak lebih baik dari sebelumnya. Sebab kulit muka saya memang nampak kusam dan tak bermaya sebelum ini. Ini adalah satu bonus.... Makan suplemen dengan konsisten bukan sahaja memberikan tenaga dan kembalikan semangat, ianya juga memberikan keyakinan....

Disini saya ada berikan sedikit info berkenaan vitamin yang diambil:

Vitalea - Fungsinya membantu dalam penyerapan zat besi, dan mengelakkan anemia (kekurangan darah). Baik bagi ibu-ibu mengandung serta menyusu dan juga mereka yang kekurangan darah ( Low Blood Count / Blood Pressure). Sesuai bagi mereka yang sentiasa pening kepala dan kerap pitam.

Sustained Release Vitamin C - adalah vitamin yang menggalakkan pembentukan kolagen dan membantu dalam meningkatkan imun badan serta meningkatkan penyerapan zat besi. Sebiji vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 1/2 biji oren dan uniknya vitamin C Shaklee ini adalah pelepasan zatnya dibuat setiap jam dalam masa 5 jam.

B Complex - penting untuk membantu dalam melegakan tekanan (meroyan).Ianya juga mengandungi asid folik yang penting untuk ibu hamil serta menyusu dan juga untuk bayi.


Alfalfa Complex- membantu untuk meningkatkan pengeluaran susu badan. Membantu untuk mengurangkan keputihan bagi wanita serta memulihkan urat selepas bersalin dan juga membantu dalam keintiman suami isteri.


ESP - ESP adalah protein yang  membantu dalam mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna ianya mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.Credit info dari mamafaiz.com

Semenjak daripada itu, saya percaya dan yakin bahawa Shaklee boleh membantu saya dari segi kesihatan yang lebih baik dan membantu dalam proses penyusuan anakku.

Berminat? Sila SMS / Whatsupp di 012 -3797372/ 012-3881503 
emel :suplemensihat@gmail.com
PM Nor Hana / Mohd Faiz Hashim utk sebarang pertanyaan / pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...