Friday, September 7, 2012

SHAKLEE EFFECT : Pengalaman Penulis Mengambil Suplemen Shaklee


[Pengalaman penggunaan suplemen]

Perjalanan Penyusuan

Minat untuk menyusukan anak mula semasa Kamila berumur 4 bulan. Masa tu cik abang yang search cik Google berkenaan dengan susu yang terbaik untuk bayi sebab Kamila masa tu  keluar ruam yang agak banyak. Kamila mula minum susu formula dan campur dengan susu badan semenjak daripada lahir lagi. Masa tu, memang zero knowledge berkenaan penyusuan nih. Ingatkan masa tu, susu formula memang ada yang terbaik untuk bayi, walaupun memang ada terdengar pasal penyusuan bayi ni.

Saya telah berjumpa dengan pakar laktasi dan mula untuk membuat stok dan mulakan  penyusuan badan dengan aktif, tapi,  perjalanan penyusuan dengan Kamila tak berjaya hanya sehingga dia berumur 10 bulan sahaja dan semenjak daripada itu, saya nekad untuk menyusukan anak seterusnya dengan susu badan. 

Pada 9 Jun 2011, lahirlah anak keduaku di KPJ Selangor, Shah Alam. Masa itu, saya mula mencari-cari suplemen yang sesuai untuk dimakan kerana semasa kehamilan serta sewaktu berpantang anak pertama, memang terasa letih , badan tidak bersemangat dan bertenaga.

Nak dijadikan cerita semasa tempoh berpantang, anak kedua juga disahkan ada kuning dan memang  agak risau jika anak menghadapi kuning kerana bayi akan sentiasa tidur dan boleh memberi kesan pada tumbesaran anak.

Semasa mula tempoh berpantang, saya hanya makan jamu dan suplemen obimin. Kemudian, saya terjumpa blog yg menjual supplemen Shaklee oleh Iffah Anuar. Shaklee  memang selalu didengar, tapi saya tidak pernah mencuba lagi sebelum ini kerana tak pasti perlu ke penggunaan vitamin tersebut dan ada juga dengar ianya agak mahal.

Dalam tempoh 2 minggu sebelum habis tempoh berpantang, saya 'decide' untuk membeli suplemen Shaklee kerana ingin mencuba bagi menambahkan susu badan. Harriz namapk macam sentiasa tak puas menyusu dan sentiasa bangun hampir 30 minit atau 45 minit setiap kali selepas menyusu!!! Stress dan penat memang ada, hampir meroyan jugala. Tapi nasib baik iman masih ada dan juga 'support' dari suami tercinta masih boleh bertahan.

Saya mula mencuba Vitalea [Multivitamin],Sustained Vitamin C, B Complex dan Alfalfa  bersama ESP yang dicadangkan oleh Iffah. Memang diakui saya memang tidak berapa percaya akan suplemen tersebut, tapi cuba juga demi anak. Masa tu memang terfikir agak mahal juga suplemen ni, tapi memandangkan saya telah nekad untuk menyusukan anak kedua sehingga sekurang-kurangnya 1 tahun sepenuhnya dengan susu badan, maka cuba jugalah.

Semasa penggunaan suplemen tersebut, minggu pertama dan kedua tiada perubahan yang ketara, namun minggu ketiga saya perasan yang badan dah rasa kurang letih walaupun anak sentiasa bangun malam menyusu setiap 1 jam ke 1.5 jam. Bila bangun pagi badan tak rasa lemah dan bertenaga tak macam masa anak pertama. Saya dah mula yakin dengan penggunaan suplemen tu.

Perubahan pada susu badan pula, nampak lebih pekat, dan kuantiti agak lebih sedikit. Kemudian adik saya perasan yang kulit muka mula nampak lebih baik dari sebelumnya. Sebab kulit muka saya memang nampak kusam dan tak bermaya sebelum ini. Ini adalah satu bonus.... Makan suplemen dengan konsisten bukan sahaja memberikan tenaga dan kembalikan semangat, ianya juga memberikan keyakinan....

Disini saya ada berikan sedikit info berkenaan vitamin yang diambil:

Vitalea - Fungsinya membantu dalam penyerapan zat besi, dan mengelakkan anemia (kekurangan darah). Baik bagi ibu-ibu mengandung serta menyusu dan juga mereka yang kekurangan darah ( Low Blood Count / Blood Pressure). Sesuai bagi mereka yang sentiasa pening kepala dan kerap pitam.

Sustained Release Vitamin C - adalah vitamin yang menggalakkan pembentukan kolagen dan membantu dalam meningkatkan imun badan serta meningkatkan penyerapan zat besi. Sebiji vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 1/2 biji oren dan uniknya vitamin C Shaklee ini adalah pelepasan zatnya dibuat setiap jam dalam masa 5 jam.

B Complex - penting untuk membantu dalam melegakan tekanan (meroyan).Ianya juga mengandungi asid folik yang penting untuk ibu hamil serta menyusu dan juga untuk bayi.


Alfalfa Complex- membantu untuk meningkatkan pengeluaran susu badan. Membantu untuk mengurangkan keputihan bagi wanita serta memulihkan urat selepas bersalin dan juga membantu dalam keintiman suami isteri.


ESP - ESP adalah protein yang  membantu dalam mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna ianya mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.Credit info dari mamafaiz.com

Semenjak daripada itu, saya percaya dan yakin bahawa Shaklee boleh membantu saya dari segi kesihatan yang lebih baik dan membantu dalam proses penyusuan anakku.

Berminat? Sila SMS / Whatsupp di 012 -3797372/ 012-3881503 
emel :suplemensihat@gmail.com
PM Nor Hana / Mohd Faiz Hashim utk sebarang pertanyaan / pesanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...