Wednesday, December 5, 2012

Info Kecantikan Kulit

Tahukah anda sebanyak 40,000 sel kulit mati hilang daripada kulit setiap minit!!! 

Lapisan Dermis sentiasa menghasilkan sel kulit baru untuk menggantikan sel yang lama dan sel kulit (fibroblas) mampu untuk menghasilkan kolagen. Fibroblas menggantikan fiber kolagen yang rosak dengan yang baru apabila diperlukan.

Tapi apabila usia semakin meningkat keupayaan badan untuk membaiki dan membina sel baru semakin berkurang dan ianya menyebabkan penuaan kulit....

Punca utama penuaan kulit:

1. Ekstrinsik (Luaran)


♥ Radiasi UV
♥ Pemakanan yang tidak sihat
♥ pencemaran
♥ merokok atau minum alkohol

2. Intrinsik (dalaman)
♥ Penuaan sel
♥ Stres oksidatif
- penuaan kulit secara intrinsik adalah mungkin disebabkan oleh genetik dan hasil metabolik seperti stres oksidatif


Sumber gambar : Wisegeek

Antara tanda-tanda penuaan kulit:
♥ Kulit menipis
♥ Hilang keanjalan
♥ Berkedut
♥ Warna kulit tak sekata
♥ Berjeragat
♥ Mudah dijangkiti penyakit 

Adakah anda mempunyai salah satu daripada tanda seperti di atas????

Cara untuk mengurangkan penuaan:

♥ Solekan
♥ Pembedahan plastik
♥ Botoks
♥ Rawatan laser

Tapi TUNGGU!!!!! FIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK!!!!

Ianya mungkin boleh membawa kesan sampingan dan sementara dan ianya melibatkan kos yang agak tinggi....

Jadi...berubahla kepada cara yang lebih semulajadi dan selamat....produk Shaklee menawarkan 

1. Vivix  
♥ membantu dalam melambatkan proses penuaan kulit. 
♥ kaya dengan kandungan resveratrol dan lain lagi
♥ membantu mengurangkan inflamasi dan meningkatkan ketahanan antioksidan untuk kulit yang lebih sihat
♥ membekalkan khasiat untuk kulit , menyahtoksin kulit dan memberi tenaga dan kekuatan kepada badan
♥ kulit tampak lebih berseri dan bersinar
♥ mengelakkan akumulasi protein AGE - di mana jika ianya meningkatkan akan menyekat penghasilan kolagen dan fungsi kolagen serta elastin 





2.Collagen Shaklee 
♥ menyokong pembentukan tisu penyambung (elastin,kolagen,fibroblas)
♥ kelebihan adalah seperti yang telah di postkan sebelum ini. Sila baca di sini







3.Sustained Release Vita-C™ 500 mg

♥ antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
♥ mengurangkan oksidasi dan menyokong penghasilan kolagen
♥ Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoid, hesperidin dan serbuk rose hips untuk meningkatkan keberkesanan fungsi vitamin C 
♥ Sistem pelepasan berkala - di mana satu setengah biji oren akan setiap jam sehingga 5 jam.
  




Sumber : Shaklee Malaysia

Shaklee Independent Distributor
Nor Hana 
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 862687 
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di : 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, December 4, 2012

PROMOSI DISEMBER | COLLAGEN POWDER




Kelebihan Collagen Powder:

1. Anti Penuaan
- mengecilkan liang-liang pori yang kelihatan , menghilangkan kedutan dan garis-garis halus

2. Mengembalikan Keanjalan
- menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut

3. Melembapkan
- melembapkan kulit bagi mengurangkan rase kering dan gatal pada muka.

4. Mencerahkan
- mengurangkan pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata.

5. Menegangkan 
- membantu menegang dan menganjalkan payudara

6. Menyuburkan
- menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur, bercabang serta tebal dan bersinar

7. Meningkatkan Pergerakan
- menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang


Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


Shaklee Independent Distributor

Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687

Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, November 30, 2012

Gabungan Vitamin Untuk Kulit

Ha...ni info berkaitan dengan vitamin / suplemen yang diperlukan untuk kecantikan kulit...layannnnn....

Vitamin C

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

1) Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.

2) Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.

3) Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karoten

Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zink

Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Sumber : Utusan Malaysia
kredit : Tariniwati Badron

Shaklee Independent Distributor
 Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan. 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, November 27, 2012

Kelebihan Collagen Shaklee

Collagen Shaklee ini telah terbukti  BERKESAN!!!! Kesannya boleh dilihat dalam masa 8 minggu.... 

Apa kelebihan Collagen Shaklee ni ye...



1. Anti Penuaan
♥Mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus








2. Mengembalikan Keanjalan Kulit
♥Menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut.












3. Melembap
♥Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka.











4. Meningkatkan pergerakan
♥Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang













5. Mencerah
♥Mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata.











6. Menegang
♥Membantu menegang dan menganjalkan payudara.









7. Menyubur
♥Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar









Collagen Shaklee 

♣ dibuat daripada sisik ikan merah yang membekal 4000mg kolagen RSS propritari
♣ mempunyai berat molekul yang rendah iaitu 1000 dalton yang memudahkan penyerapan ke dalam badan
♣ terdiri daripada kolagen yang tahan lasak
♣ ianya TERBUKTI dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan dalam tempoh * 8 minggu

* Kesan pengambilan Collagen Powder Shaklee berbeza untuk setiap individu...

sumber : Shaklee

Shaklee Independent Distributor
Nor Hana Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 862687 
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di : 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, November 22, 2012

Kualiti tutur bicara

Info ini saya dapat daripada rakan sekerja...Memang info yang menarik..Anda pilih yang mana? Saya pilih untuk orang yang berkualiti tinggi....Renung-renungkan....

INDIVIDU berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya. Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan perkataan buruk. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). 

Baginda adalah contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya. Rasulullah akan berbicara atau berkhutbah di hadapan orang ramai secara berakhlak dan baginda juga adalah individu yang sangat jarang berbicara. Namun, sekali berbicara, isi bicaranya pasti ada kebenarannya. Nilai ucapannya sangat tinggi seolah-olah mutiara yang indah dan bermutu. Ucapan baginda menembus hati, menggugah kesedaran, membekas ke jiwa serta dapat mengubah perilaku orang dengan izin Allah. 

Atas sebab itu, Rasulullah digelar ‘Al-Amin’ kerana sejak kecilnya lagi tidak pernah berdusta. Justeru, jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya. Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada empat berdasarkan kualiti tutur bicaranya. 

Pertama, orang yang berkualiti tinggi. 

Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian. Orang seperti ini bicaranya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan. 

Kedua, orang yang biasa-biasa saja. 

Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu. Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia. 

Ketiga, orang rendah kualiti diri. 

Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah. Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misalnya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya. Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alangkah ruginya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah. 

Keempat, orang yang cetek fikirannya 

Cirinya jika berbicara hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan dirinya sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada Allah. 

Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh. 

Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurangkanlah berkata-kata kerana ia akan mengurangi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t. 

Shaklee Independent Distributor 
Nor Hana Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 862687 
Anda Berminat? 
utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di : 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, November 20, 2012

Makanan Wajib Setiap Hari

Makan merupakan perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup. Namun persoalannya di sini, adakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat? Belum tentu... Jika kamu inginkan kepastian, jom kita intip jenis-jenis makanan yang memberikan manfaat banyak buat tubuh kamu.


1. Yogurt
Kenapa perlu minum yogurt? Tahukah kamu bahawa yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Jadi sebelum membeli, pastikan labelnya tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.


2. Tomato
Kenapa harus makan tomato? Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.


3. Lobak merah
Kenapa harus makan lobak merah? Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.



4. Blueberi
Kenapa harus makan blueberi? Buah ini kaya antioksidan! Ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.






5. Soya hitam
Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, cuma soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.



6. Gandum
Selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.




7. Bayam
Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Sebagai bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.




Sumber : Majalah Remaja
Sumber Gambar : Google



Shaklee Independent Distributor
Nor Hana Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687 Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, November 19, 2012

Alfalfa - A Natural Healer






sumber : shakleeproductsmalaysia

Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687

Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...