Topik ni memang dah semakin hangat diperkatakan sekarang...Saya pun di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak saya sehingga sekarang dah pun 1 tahun 4 bulan...Saya dah pernah kongsikan pengalaman saya untuk posting yang terdahulu dalam blog ni. Saya mula memakan set untuk penyusuan dalam 2 minggu sebelum habis berpantang...Boleh baca di sini ye...
Sekarang dah banyak gajet yang dijual untuk penyusuan bayi dah banyak barangan yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan...Memang kita sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak walaupun anak tu masih belum dilahirkan lagi kita dah cuba sediakan yang terbaik untuk anak kita, dari segi pakaian, keselamatan dan keselesaan dia...
Lebih-lebih lagi penyusuan bayi kini dah menjadi semakin mudah dan lebih terbuka di kalangan rakyat Malaysia...malahan sudah ada kemudahan awam yang disediakan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka....
Jadi kenapa kita tak nak berikan yang terbaik untuk anak kita daripada sebelum dia lahir dan selepas dilahirkan?? Takkanla kita tak nak yang terbaik untuk bayi kita kan...Jadi sebab tula saya pun serius dalam penyusuan anak saya...Saya agak terkilan untuk anak yang pertama tapi, saya tak nak terjadi untuk anak yang seterusnya...Jadi saya ambil inisiatif untuk mencari cara untuk menambahkan ilmu dalam penyusuan dan juga cara-cara untuk menambahkan susu badan...Alhamdulillah saya telah melepasi tahap yang saya rasa genting kerana 6 bulan pertama bayi yang menyusu badan hanya perlu meminum susu badan sahaja dan tidak dicampurkan dengan makanan lain...
Alhamdulillah kerana saya telah diperkenalkan dengan Shaklee kerana sedikit sebanyak ianya banyak membantu saya dalam menjalani kehidupan seharian, sebagai ibu yang menyusu dan mempunyai 2 orang anak kecil, isteri dan wanita berkerjaya....
Dengan memakan set penyusuan yang kini lebih di kenali dengan set Family Wellness dengan tambahan Alfalfa ianya telah membantu untuk menjadikan saya lebih bertenaga dan juga lebih sihat...kerana sepanjang setahun lebih saya menggunakan produk Shaklee ni...saya dah jarang demam, jarang selesema dan batuk.Kalau dulu memang confirm setiap bulan mesti kena selesema dengan batuk...sekarang alhamdulillah dalam masa setahun ni...adalah 2, 3 kali je kena...tapi sekejap je...
Memang tak dinafikan menyusukan anak ni mencabar, tapi kita kena sentiasa banyak bersabar dan mendapatkan dorongan secara mental dan fizikal daripada keluarga terutamanya suami. Alhamdulillah saya sentiasa mendapat sokongan 100 % daripada suami tercinta....
Dan terima kasih juga kepada Shaklee dan juga "mak" saya Iffah Anuar yang telah membantu dan memperkenalkan Shaklee kepada saya... Jadi kenapa kita tak bertindak dalam mendapatkan kesihatan yang lebih optimum dan juga untuk kesihatan bayi kita????Apa yang ibu makan akan diberikan melalui susu badan mereka...maka sedikit sebanyak ianya membantu dalam memberikan nutrisi yang diperlukan bayi serta ibu itu sendiri...
Tentunya kita nak kan bayi kita menerima yang terbaik sama juga dengan pemakanan dan nutrisi yang diterima. Terpulanglah kepada diri masing-masing jika sekiranya merasakan bahawa boleh mendapat nutrisi yang cukup dengan memakan makanan yang seimbang setiap hari, tetapi pastikan kita mampu untuk menyediakan ke semua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian sejajar dengan keperluan tubuh kita dan baik....bak kata seorang sahabat saya ...kita tak nak la berusaha gigh menyusukan anak sehingga dua tahun tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang, kulit kusam, nampak tua daripada umur, tak bermaya dan banyak lagi....
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan.
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments:
Post a Comment