Makan merupakan perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup. Namun persoalannya di sini, adakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat? Belum tentu... Jika kamu inginkan kepastian, jom kita intip jenis-jenis makanan yang memberikan manfaat banyak buat tubuh kamu.
1. Yogurt
Kenapa perlu minum yogurt? Tahukah kamu bahawa yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Jadi sebelum membeli, pastikan labelnya tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.
2. Tomato
Kenapa harus makan tomato? Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.
3. Lobak merah
Kenapa harus makan lobak merah? Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.
4. Blueberi
Kenapa harus makan blueberi? Buah ini kaya antioksidan! Ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.
5. Soya hitam
Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, cuma soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.
6. Gandum
Selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.
7. Bayam
Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Sebagai bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.
Sumber : Majalah Remaja
Sumber Gambar : Google
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments:
Post a Comment