Thursday, October 18, 2012

Kenali vitamin yang sesuai untuk masalah rambut gugur

Sekadar Hiasan | Sumber dr creativerasel
Pagi ni ada cerita best daripada MHI berkenaan rambut...Macam-macam style rambut ada, macam-macam cara nak tambahkan rambut pun ada..Jemputan khas pagi ni, ada seorang doktor datang bercerita sikit berkenaan dengan rambut ni...nama doktor tak ingat...dengar sekejap je....Tapi yang menariksss..nya bila dengar doktor tu cakap yang masalah rambut boleh disebabkan kekurangan zat besi atau zink...Haaaaa....Jadi topik untuk kali ni memang sesuaila....

Selain daripada tekanan dan pencemaran, salah satu punca utama keguguran rambut adalah kekurangan vitamin. Biasanya, orang yang mengalami keguguran rambut juga mengalami kekurangan vitamin dalam diet mereka. Agak-agaknya apalah vitamin yang kurang dalam pemakanan harian kita yang menyebabkan keguguran rambut kan?

1. BIOTIN (VITAMIN-H) 

Vitamin yang paling popular yang membantu keguguran rambut adalah Biotin atau vitamin H.Biotin adalah sebahagian daripada keluarga B kompleks dan telah terbukti untuk menghalang keguguran rambut. Satu lagi faedah Biotin adalah bahawa ia mencegah rambut kelabu. Vitamin ini adalah dalam susu, yis dan kuning telur.

2. IRON (ZAT BESI)

Kekurangan zat besi dalam badan bukan sahaja menyebabkan anemia, tetapi ia juga menyumbang kepada keguguran rambut. Orang yang mempunyai kekurangan zat besi dan rambut gugur perlu meningkatkan pengambilan zat besi dalam pemakanan harian mereka. Ini perlu, kerana zat besi boleh membuat perubahan yang ketara dalam pertumbuhan rambut.

3. VITAMIN-B
Vitamin B kompleks juga membantu dalam mengatasi masalah keguguran rambut kerana ia menguatkan folikel rambut - menjadikan ia kurang terdedah kepada kerosakan dan kehilangan rambut. Pemakanan yang kaya dengan kandungan vitamin B akan meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. 

4. ZINC
Zink banyak terdapat dalam daging merah, yang membantu mengatasi sebarang masalah kulit kepala (berkelemumur). Satu lagi faedah pengambilan zink ialah ia meningkatkan kehidupan seks anda. Jadi ia menjamin bukan sahaja rambut yang cantik tetapi ‘saat’ yang indah ketika bersama. 

5. ANTI-OKSIDA

Anti-oksidan, yang lebih dikenali sebagai Vitamin A, C dan E biasanya diambil untuk kulit yang cantik. Tetapi adakah anda tahu bahawa selain daripada memberi anda kulit yang bersih dan mulus, ia menghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut, mengepam keluar toksin dalam badan dan meningkatkan sistem imun anda

6. PROTEIN

Protein merupakan satu lagi komponen penting rambut. Sebenarnya, 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein. Bersama dengan vitamin B kompleks, protein juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan dalam rawatan rambut.Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan.

8. PANTOTHENIC ACID

Asid Pantothenic adalah penting untuk kesihatan kulit kepala. Ia juga merupakan salah satu komponen utama sel-sel dalam badan dan membantu dalam penukaran makanan kepada tenaga.Folikel rambut mula gugur disebabkan oleh kekurangan nutrien ini di dalam badan kita - ia juga mengakibatkan sembelit dan penyakit yang lain.
Sekadar Hiasan | Sumber : hairlosshelpcenter

Sekadar Hiasan | Sumber :www.rogainehair



Nah! Itu dia senarai jenis vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah rambut , tak kiralah rambut gugur ke, rambut bercabang ke, masalah kulit kepala berkelemumur ke..etc..etc..Rambut yang cantik adalah idaman setiap orang. Jadi, jika anda mengalami keguguran rambut atau mana-mana masalah rambut atau kulit kepala, cuba cari apa yang kurang di dalam diet anda. Pilihan di tangan anda untuk memilih makan terlalu banyak atau terlalu sedikit untuk memastikan sistem badan anda berfungsi dengan betul. Jika anda boleh berbelanja besar untuk rawatan keguguran rambut (termasuk syampu dan perapi, pelembap dan lain-lain), tetapi tanpa pemakanan (yang mengandungi nutrisi) yang betul semuanya adalah membazir. Renung-renungkan!

sumber:rafaliah.blogspot.com


Jadi , suplemen Shaklee yang disarankan oleh Sihat Booster untuk membantu mencegah masalah keguguran rambut adalah:

B Complex - ianya lengkap dengan Biotin serta Asid Folik. Membantu untuk mengurangkan stress dan juga substitute kepada pain killer..

Zinc Complex - membantu dalam pembekuan darah dan membantu dalam masalah keguguran rambut

Vitalea - Lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral , mempunyai zat besi dan membantu dalam 
masalah keguguran rambut

ESP - Protein yang membantu dalam menghasilkan sel-sel baru dan membantu dalam penyerapan zat-zat nutrien.



Shaklee Independent Distributor
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan. 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : suplemensihat@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...