Entry ni memang sesuai untuk masa kini , di mana ibubapa telah mengetahui kebaikan penyusuan susu ibu kepada ibu dan juga anak yang dilahirkan...
Penyusuan susu ibu adalah cara yang paling selamat dan sihat untuk menyusukan bayi anda kerana susu ibu telah diketahui umum sebagai susu yang sempurna bagi menyediakan nutrisi lengkap kepada bayi dengan banyak kebaikan yang terdiri daripada tumbesaran , kesihatan dan perkembangan bayi.
Banyak kajian yang telah dibuat dan menunjukkan bahawa virus perut, masalah pernafasan dan meningitis sangat kurang berlaku kepada bayi yang disusukan ibu. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi sel imun semulajadi seperti antibodi yang melindungi bayi daripada kuman dan penyakit.
Diet yang sihat dan seimbang diperlukan wanita yang menyusukan untuk memastikan penghasilan susu yang sihat dan juga kesihatan ibu.
Kebaikan untuk bayi
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ianya mengandungi ke semua nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
- mudah dihadamkan
- sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat.
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi.
- kolostrum susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertma sehingga hari ketiga mengamdungi antibodi (iga) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain.
Kebaikan untuk Ibu
1. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
2. Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah.
3. Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
4. Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman.
5. Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan.
Sumber : Artikel kumpulan sokongan penyusuan susu ibu KPJ Selangor
Di sini kami cadangkan suplemen berikut untuk ibu yang menyusukan bagi memastikan tumbesaran bayi yang sihat dan bagi kesihatan ibu yang sihat.
1. Multivitamin (Vitalea)
- ianya memberikan vitamin dan mineral yang penting bagi ibu yang tidak boleh didapati daripada pemakanan harian. Jumlah yang sihat terutamanya vitamin B dan C membantu untuk menghasilkan susu ibu yang lengkap bernutrisi dan mempromosikan kesihatan menyeluruh ibu dan bayi
- Vitamin C memainkan peranan dalam penyelenggaraan dan perkembangan tisu dan ianya penting bagi perkembangan bayi yang disusukan
- Vitamin B Complex membantu dalam mengekalkan sistem saraf yang sihat bagi bayi. Ianya juga penting bagi penghasilan hormon , sel darah merah dan pengahasilan tenga bagi sel-sel.
2. Protein (ESP)
Bayi memerlukan banyak protein untuk membantu mengalakkan dan menampung perkembangan dan tumbesaran kerana protein merupakan blok pembinaan asas badan. Punca protein yang bagus seperti protein soya dalam diet penyusuan penting bagi penghasilan susu.
3. Kalsium (Ostematrix)
Susu ibu terdiri daripada 40% kalsium . Kalsium diperlukan untuk perkembangan tulang dan gigi bayi.
4. Asid Lemak Omega 3 (OmegaGuard)
Pemakanan asid lemak omega 3 semasa penyusuan boleh membantu perkembangan otak dan mata bayi. ianya telah dibuktikan secara saintifik bahawa jika lebih banyak omega 3 yang terdapat di dalam otak, maka neuron di dalam otak akan lebih mudah berkomunikasi.
5. Alfalfa (Alfalfa Complex)
Alfalfa mengandungi banyak nutrisi penting dan vitamin seperti vitamin K,A,B1,B6,C ,E, Kalsium, Zink dan Zat besi. Ke semua zat ini adalah penting untuk perkembangan dan tumbesaran yang sihat. Alfalfa juga telah digunakan secara tradisional untuk membantu meningkatkan penghasilan susu untuk ibu yang menyusukan.
Rujukan :
1. http://www.dhaomega3.org/Life-Stages/Lactation
2. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18403927
Anda juga boleh lihat cadangan set penyusuan kami di sini. Cadangan suplemen yang diberikan adalah tertakluk kepada masalah penyusuan yang dihadapi ibu. Kami di Sihat Booster memahami bahawa setiap ibu mempunyai masalah yang berlainan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Penyusuan susu ibu adalah satu anugerah tuhan kepada ibu dan bayi. Ianya sepatutnya merupakan sesuatu yang mudah dan menyenangkan dan penuh dengan kasih sayang. Suplemen ini adalah suplemen yang biasa diambil oleh pelanggan kami dan ianya telahpun terbukti dengan testimoni daripada pengguna. Setiap pembelian daripada kami adalah EKSKLUSIF dan anda akan diberikan konsultansi yang percuma serta EXTRA,EXTRA....
Jadi hubungi kami untuk pertanyaan lanjut ye....kami memang sentiasa memberikan harga yang berpatutan dan juga cuba memberikan after sales service yang mantap....
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments:
Post a Comment