Diet adalah amalan pemakanan yang dapat membantu kamu untuk kekal sihat dan langsing, tetapi tahukah kamu terdapat perkara-perkara yang harus kamu turuti semasa menjalani aktiviti diet ini. Jom kita lihat antara perkara yang perlu kamu tahu sebelum memulakan diet sihat kamu!
1. Diet Yang Sesuai:
Keperluan badan kamu kadangkala berbeza dengan badan orang lain oleh itu kenali keperluan badan kamu sebelum memulakan sebarang diet. Ini bagi membantu kamu untuk kekal realistic dalam meneruskan diet kamu.
2. Elakkan Jadi Mangsa Diet:
Diet yang sihat adalah diet yang akan membantu kamu untuk menghilang berat badan secara sistematik, bukan secara mendadak yang kadangkala bakal membahayakan kesihatan kamu.
3. Cara Hidup Sihat:
Terdapat sesetengah daripada kamu akan berhenti daripada mengamalkan diet yang sihat apabila mereka kembali mendapatkan badan yang diidamkan .
4. Elakkan Mengunyah:
Kamu seharusnya memberi perhatian semasa makan ini kerana otak dan perut boleh meneliti makanan kamu. Dan mengunyah makanan semasa sedang menonton televisyen atau di depan komputer hanya akan membuatkan kamu terus makan dan makan tanpa kawalan.
5. Minum Air Masak:
Air putih dapat membantu kamu untuk kekal aktif. Minum sekurang-kurangnya 6 liter air setiap hari untuk kamu kekal cergas. Dan adalah lebih baik buat kamu minum segelas air sebelum makan.
6. Jangan Putus Asa:
Kesilapan sering berlaku oleh itu bagi kamu yang baru memulakan aktiviti diet kamu, ambil ini sebagai cabaran dan jangan biarkan ianya menjadi halangan buat kamu. Bukan mudah untuk menukar cara hidup kamu, oleh itu kekuatan mental dan fizikal bakal membantu kamu untuk memiliki hidup yang lebih sihat.
7. Senaman:
Kamu seharusnya memperuntukkan sekurangkurangnya 30 minit sehari, dalam usaha untuk menguruskan badan. Cara senaman dan pemakanan kamu adalah kombinasi yang amat penting sekali untuk dititikberatkan. Bagi yang baru ingin memulakan diet mereka mulakan dengan senaman yang mudah seperti berjalan.
8. Diet Bukan Bermakna Tidak Makan:
Kebanyakan diet yang gagal adalah mereka yang tidak memulakan hari mereka dengan sarapan pagi. Penting buat kamu tahu bahawa sarapan pagi diibaratkan sebagai enjin yang akan menggerakkan hari kamu.
9.Makan Dalam Kuantiti Yang Sikit:
Bagi kamu yang suka makan, kamu masih boleh meneruskan minat kamu ini tetapi dengan cara yang lebih berhemah. Makan dalam kuantiti yang lebih sedikit, oleh itu setiap kali kamu berasa lapar hadkan pengambilan makanan kamu.
10. Makan Ketika Lapar:
Setiap daripada kamu mempunyai had maksimum pemakanan yang berbeza. Jangan makan ketika kamu sedang marah, sedih atau bosan. Kunci dalam mengamalkan diet yang sihat adalah dengan makan ketika kamu benar-benar lapar. Dan mengidam sesuatu makanan bukanlah saat sebenar kamu sedang lapar ya!
Sumber : Majalah Remaja
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Untuk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments:
Post a Comment