Friday, September 7, 2012

Krisis Penyembuhan / Healing Crisis

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami? Sila bacakan krisis penyembuhan yang mungkin dihadapi...

S: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

J:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.




S:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
J:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

S:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
J:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

S:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan?

J:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

S:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

J:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.





S:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
J: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

Tidak mengamalkannya setiap hari
Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:


BIL
KRISIS PENYEMBUHAN

PENERANGAN / PENYEBAB

1.      
Sakit kepala yang melampau
Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
2.      
Demam, tidak cukup rehat
Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi  imunisasi badan
3.      
Cirit-birit, peningkatan pergerakan
usus, najis berbau, air kencing berbau

Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan  buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
4.      
Kembung perut
Sistem penghadaman yang lemah
5.      
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
6.      
Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Fungsi paru-paru yang lemah, pengeluaran  kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
7.      
Pendarahan Hidung
Mungkin petanda bagi kekurangan darah (anemia)
8.      
Rasa sakit pada otot dan sendi
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
9.      
Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
Mempercepatkan krisis penyembuhan
10.   
Insomnia atau terlalu aktif
Sistem saraf yang lemah
11.   

Kitaran haid yang tidak menentu, perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak

Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir
12.   
Lapar, Pening
Tekanan darah rendah, anaemia
13.   
Loya, sembelit, tersedu
Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
14.   
Edema (membengkak)
Masalah buah pinggang
15.   
Tidak bermaya , kurang tidur
Badan berasid, fungi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat
16.   
Pendarahan dengan pembuangan najis
Kemungkinan mengalami buasir

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...