Friday, November 30, 2012

Gabungan Vitamin Untuk Kulit

Ha...ni info berkaitan dengan vitamin / suplemen yang diperlukan untuk kecantikan kulit...layannnnn....

Vitamin C

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

1) Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.

2) Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.

3) Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karoten

Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zink

Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Sumber : Utusan Malaysia
kredit : Tariniwati Badron

Shaklee Independent Distributor
 Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan. 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, November 27, 2012

Kelebihan Collagen Shaklee

Collagen Shaklee ini telah terbukti  BERKESAN!!!! Kesannya boleh dilihat dalam masa 8 minggu.... 

Apa kelebihan Collagen Shaklee ni ye...



1. Anti Penuaan
♥Mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus








2. Mengembalikan Keanjalan Kulit
♥Menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut.












3. Melembap
♥Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka.











4. Meningkatkan pergerakan
♥Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang













5. Mencerah
♥Mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata.











6. Menegang
♥Membantu menegang dan menganjalkan payudara.









7. Menyubur
♥Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar









Collagen Shaklee 

♣ dibuat daripada sisik ikan merah yang membekal 4000mg kolagen RSS propritari
♣ mempunyai berat molekul yang rendah iaitu 1000 dalton yang memudahkan penyerapan ke dalam badan
♣ terdiri daripada kolagen yang tahan lasak
♣ ianya TERBUKTI dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan dalam tempoh * 8 minggu

* Kesan pengambilan Collagen Powder Shaklee berbeza untuk setiap individu...

sumber : Shaklee

Shaklee Independent Distributor
Nor Hana Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 862687 
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di : 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, November 22, 2012

Kualiti tutur bicara

Info ini saya dapat daripada rakan sekerja...Memang info yang menarik..Anda pilih yang mana? Saya pilih untuk orang yang berkualiti tinggi....Renung-renungkan....

INDIVIDU berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya. Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan perkataan buruk. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). 

Baginda adalah contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya. Rasulullah akan berbicara atau berkhutbah di hadapan orang ramai secara berakhlak dan baginda juga adalah individu yang sangat jarang berbicara. Namun, sekali berbicara, isi bicaranya pasti ada kebenarannya. Nilai ucapannya sangat tinggi seolah-olah mutiara yang indah dan bermutu. Ucapan baginda menembus hati, menggugah kesedaran, membekas ke jiwa serta dapat mengubah perilaku orang dengan izin Allah. 

Atas sebab itu, Rasulullah digelar ‘Al-Amin’ kerana sejak kecilnya lagi tidak pernah berdusta. Justeru, jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya. Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada empat berdasarkan kualiti tutur bicaranya. 

Pertama, orang yang berkualiti tinggi. 

Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian. Orang seperti ini bicaranya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan. 

Kedua, orang yang biasa-biasa saja. 

Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu. Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia. 

Ketiga, orang rendah kualiti diri. 

Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah. Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misalnya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya. Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alangkah ruginya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah. 

Keempat, orang yang cetek fikirannya 

Cirinya jika berbicara hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan dirinya sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada Allah. 

Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh. 

Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurangkanlah berkata-kata kerana ia akan mengurangi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t. 

Shaklee Independent Distributor 
Nor Hana Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 862687 
Anda Berminat? 
utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di : 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, November 20, 2012

Makanan Wajib Setiap Hari

Makan merupakan perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup. Namun persoalannya di sini, adakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat? Belum tentu... Jika kamu inginkan kepastian, jom kita intip jenis-jenis makanan yang memberikan manfaat banyak buat tubuh kamu.


1. Yogurt
Kenapa perlu minum yogurt? Tahukah kamu bahawa yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Jadi sebelum membeli, pastikan labelnya tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.


2. Tomato
Kenapa harus makan tomato? Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.


3. Lobak merah
Kenapa harus makan lobak merah? Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.



4. Blueberi
Kenapa harus makan blueberi? Buah ini kaya antioksidan! Ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.






5. Soya hitam
Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, cuma soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.



6. Gandum
Selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.




7. Bayam
Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Sebagai bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.




Sumber : Majalah Remaja
Sumber Gambar : Google



Shaklee Independent Distributor
Nor Hana Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687 Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, November 19, 2012

Alfalfa - A Natural Healer






sumber : shakleeproductsmalaysia

Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687

Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Simptom kekurangan Kalsium...

Kali ni plak nak bercerita pasal simptom kekurangan kalsium....Ikutkan info ni ada la gak yang dah tau kan apa simptomnya...tapi bagi yang tak tau tu boleh la menambahkan ilmu ye....layan jela.....

Apa simptom kekurangan kalsium?

1. Tulang dan gigi rapuh (Osteoporosis)
2. Sakit sendi dan kebas-kebas
3. Kejang Otot
4. Sakit sendi
5. Artritis
6. Susah untuk tidur (Insomnia)

Petikan daripada National Institutes of Health :

If left untreated, calcium deficiency leads to death.....Over the long term, inadequate calcium intake causes osteopenia which if untreated can lead to osteoporosis. The risk of bone fractures also increases, especially in older individuals [1]. Calcium deficiency can also cause rickets, though it is more commonly associated with vitamin D deficiency [1].


Shaklee Independent Distributor
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan.
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, November 17, 2012

Kalsium dan Kelebihannya.....

Kalsium banyak kelebihannya selain drp utk pertumbuhan gigi,ianya juga baik utk saraf dan pembentukan darah beku. Mengikut kajian drp Amerika Sykt, ada byk fungsi kalsium utk membantu kt jika berdepan dgn masalah berikut:

Saraf: 

- Kalsium yg cukup bantu saraf berfungsi dgn baik dan bantu pengecutan otot

Darah beku: 

- Penting utk menghentikan pendarahan bila luka pada salur darah.

Jantung: 

- Memainkan peranan penting dlm mencegah penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.

Kanser:
- Beberapa kajian mencadangkan pengambilan kalsium boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan pundi kencing.

Wanita: 


- Wanita hamil,menyusukan bayi dan peringkat menopaus memerlukan kalsium yg banyak. Pada peringkat menopaus mudah kehilangan ketumpatan tulang dan sekaligus boleh membawa kepada osteoporosis.

Kanak-kanak: 


- Kanak-kanak yg berusia dari 9 hingga 14 tahun memerlukan kalsium utk membina tulang dan tisu tulang.sepanjang tempoh tumbesaran itu, kanak2 juga memerlukan zat besi,mineral. Zink dan vit B12.

Darah: 


- Kalsium yg cukup dalam aliran darah boleh membantu mencegah penyakit katarak,batu karang, tekanan darah tinggi,osteoporosis, kanser kolon dan sindrom ovari.

Jadi, kekurangan kalsium boleh menyebabkan sakit otot,tulang rapuh, kebas tangan,kekejangan otot dan banyak lagi....

Sumber: Kosmo 16 Nov 2012



Oleh itu pemilihan kalsium yg baik adelah penting, kami mengesyorkan Kalsium Shaklee iaitu OsteMatrix™....Apa itu OsteMatrix™???



Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah diTelan
Anda memerlukan lebih daripada kalsium semata-mata untuk membina tulang yang kuat.
OsteMatrix™ juga menyediakan satu matriks unit nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat

  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom-simptom sengugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan
OsteMatrix™ Membekalkan:
  • 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai kepekatan yang tinggi dan mudah menyerap dari alam semulajadi.
  • 400mg ( 100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu mengabungkan kalsium ke dalam tulang serta memguatkannya
  • 400IU (100% Pengambilan Harian) vitamin D untung merangsang penyerapan kalsium



Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687

Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, November 15, 2012

Cadangan set penyusuan mengikut kesesuaian ibu menyusu

Entry kali ni khas untuk ibu yang menyusukan anak. Untuk makluman ibu yang menyusu,  cadangan set penyusuan ni tak ditawarkan oleh syarikat Shaklee ye...pihak kami hanya memberikan cadangan untuk set penyusuan tersebut, memandangkan kami memahami terdapat situasi yang berbeza  untuk setiap ibu yang menyusukan anak....

Jadi kami memberikan cadangan pelbagai set penyusuan sepert berikut untuk ibu-ibu yang menyusu mengikut kesesuaian ye....

SET B

# Set ini terdiri daripada Vitalea (iaitu multivitamin yang lengkap dengan zat besi) ; vitamin C ; B Complex dan ALFALFA.

# Set ini disyorkan buat ibu-ibu yang TIDAK MEMPUNYAI MASALAH PENYUSUAN
# Tujuan utama pengambilan set ini adalah bagi MEMPERKAYA NUTRISI dalam susu ibu.

# ALFALFA membantu mempercepatkan PENGHASILAN SUSU IBU

# Set ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang mengalami masalah SEMBELIT dan KEPUTIHAN.

# Set ini juga membantu sekiranya bayi anda mempunyai masalah EKZEMA

# KURANG SESUAI bagi ibu-ibu yang baru bersalin/dalam pantang jika bayi mengalami JAUNDICE dan terdapat bayi yang SEDIKIT CIRIT-BIRIT dengan ALFALFA.

Harga pasaran Full Set: RM  288.75 (WM) RM 303.75 (EM)

SET EU-FOUR PACK

# Terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan OSTEMATRIX

# Sesuai/ Disyorkan buat ibu-ibu yang mengalami KEMERUDUMAN SUSU KETIKA HAID

# Alternatif kepada Set B bagi yang ALAH DENGAN ALFALFA

# Juga sesuai untuk ibu-ibu yang TIDAK MINUM SUSU dan ALAH KEPADA LAKTOSA

# OSTEMATRIX merupakan formula lengkap KALSIUM dengan gabungan MAGNESIUM, VITAMIN dan lain-lain mineral

# Set ini membantu ibu-ibu kekal CERGAS BERTENAGA WALAUPUN KURANG TIDUR

Harga pasaran Full Set: RM  296.00 (WM) RM 312.50 (EM)


SET E

# Terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix (SET B + Ostematrix)

# Menambahbaik antara SET B dengan SET EU-FOUR PACK

Harga pasaran Full Set: RM 349.75 (WM) RM 368.75 (EM)


SET BF PLUS

# Terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Energizing Soy Protein (SET B + ESP)

# Sangat di syorkan bagi ibu-ibu yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN yang tidak mempunyai masalah dalam pengambilan kalsium harian.

# Sangat di syorkan bagi ibu-ibu yang sering keletihan, yang risau dengan BERAT BADAN BERTAMBAH kerana ESP membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan.

Harga pasaran Full Set: RM 438.75 (WM)  RM 458.75 (EM)

Klik di sini sekiranya ingin menempah set ini: http://bit.ly/1ofQB1t

SET 3M (TRIPPLE M)

# Terdiri daripada SET B + Ostematrix + ESP (Energizing Soy Protein)

# Sangat disyorkan bagi ibu-ibu yang mempunyai MASALAH PENYUSUAN

# MASALAH PENYUSUAN yang dimaksudkan ialah dari segi PENGHASILAN SUSU (walaupun pam setiap 3 jam + minum air 3 liter sehari) ; maka set ini membantu memenuhi dan memperbaiki mana-mana kekurangan zat dalam tubuh si ibu supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.

# Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mempunyai STOK YANG SEDIKIT/TIADA STOK LANGSUNG

# Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mahu MULA SIMPAN STOK

# Set yang paling sesuai bagi ibu-ibu yang mahu RELAKTASI/ INDUCE RELACTATION

Harga pasaran Full Set: RM  499.75 (WM)  RM 523.75 (EM)

Ke semua set yang dicadangkan adalah untuk penggunaan daripada 1 hingga 4 bulan. 

Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, November 12, 2012

Anda Perokok atau Orang disekeliling anda Perokok????


Sama ada perokok atau anda menghidu asap rokok dari perokok di sekeliling anda ...bahayanya lebih kurang sama sahaja....kenapa saya berkata demikian ....??? lihat info di bawa berkaitan kandungan yg terdapat dalam sebatang rokok..,,,

Just one stick of cigarette contains over 4,000 chemicals including 70 carcinogenic substances, some of which are highly toxic:
CHEMICAL
USED IN
CadmiumBatteries
AcetonePaint remover
ButhaneLighter fluid
AmmoniaToilet cleaner
Polonium210Radioactive substance
MethaneSewer gas
MethanolRocket fuel
Arsenic cyanidePoison
Nicotine DDTInsecticide
HexamineBarbecue Lighter
Stearic AcidCandle Wax
Acetic AcidVinegar
Arsenic cyanidePoison
Carbon MonoxideCar exhaust fumes
So macam mana?... anda bayangkanlah..brapa banyak unsur berbahaya di atas dah masuk dlm badan anda...semua ni berlaku sama ada kite sedar atau buat2 tak sedar terutama nye si perokok.....bagi yg merokok ...mereka mungkin sedap or puas sedut asap rokok tu...mcm mana plak kite yg bukan perokok ni???? tak adil bukan???

Lagi info berkaitan dengan merokok ade di link ni


Jadi kepada anda diluar sana, sekiranya anda perokok atau org yg anda sayang seorang perokok, anda bolehlah forward ke dia sebab2 di atas utk dia berhenti merokok.. Nak suruh org berhenti merokok ni bukan senang yer.. Ia umpama hidayah dari Allah... dan bagi saya kesihatan ni tak semua orang boleh faham kepentingannya.. 




"Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit"
Seelok2 ni....jika perokok-perokok ini dikalangan orang yg anda sayang, mereka ini elok sangat diberikan "hadiah" istimewa berupa Vitamin C...lebih tepat lagi  Vitamin C Shaklee sebotol... Vitamin C bukan sekadar buat kulit licin dan cantik.. Tahukah anda Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk...more info disini




Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg


sumber: mamafaiz

Shaklee Independent Distributor 
Nor Hana 
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 862687 

Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di : 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
 Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Apakah Khasiat Vitamin C Selain Dari Membuat Kulit Licin dan Cantik ??????


Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai Best Fren Forever kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.



Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?.....

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *



sumber : mamafaiz



Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687

Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Pengambilan Vitamin membantu kurangkan masalah jeragat

Apa itu jeragat? Jeragat dalam bahasa mudah nye ialah..... ia bintik2 hitam yg kecik2 kat muka tu... bukan jerawat atau tahi lalat. tp tumbuh kecik2...(ala2 lebihan daging warna coklat atau hitam).. jeragat ni masalah kulit normal dikalangan wanita... Ia tak berbahaya tapi ia membuatkan wajah kelihatan kusam dan tak cantik.. bab2 tak cantik mmg pantang betul tak.. Okey.. yg anda perlu tahu adalah langkah2 pencegahan seperti, melindungi kulit dari matahari, pemakaian krim yg bersesuaian dgn kulit, pemakanan... dan lagi satu yg berkait dgn vitamin....Mcm keratan majalah dibwh.. dari sumber Rapi.. katanya pengambilan vitamin membantu kurangkan masalah jeragat.. which is true indeed.. kulit memerlukan tiga vitamin iaitu A, C dan E utk kekal sihat..
  • Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen (Sila cuba Vitamin C plus Shaklee ia sustained released lengkap dgn bioflavonoid.. vitamin C Shaklee mmg larisss.. always out of stock seluruh Malaysia)
  • Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit (yg ni sy suggest anda cuba Vitamin E shaklee.. sbb ia natural, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.. so mmg terbaikkk)
  • Protin - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  (apa lagii.. sila lah cuba Protin ESP Shaklee.. mmg terbaikk ..non GMO.. mmg hot stuff sampai licin stok satu malaysia.. next week baru stok sampai.. so sila book sebelum habis lagi.. kalao ada extra budget.. sila amik COllagen Powder Shaklee.. haaa yang tu mmg sah2 best tahap maksima)

sumber : majalah RAPI & mamafaiz


Shaklee Independent Distributor
Nor Hana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 862687

Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan hubungi kami di :
SMS/Whatsapp : 012 -3797372
Emel : sihatbooster@gmail.com
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, November 2, 2012

LECITHIN : Kandungannya, Kepentingannya dan Kegunaanya

Kepentingan Lecithin :

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
Menurunkan total serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

kredit : Lia UmmiIrfan


Shaklee Independent Distributor
Anda Berminat? utk sebarang pertanyaan / pesanan. 
SMS/Whatsapp : 012 -3797372 
Emel : sihatbooster@gmail.com 
Facebook : Nor Hana / Mohd Faiz Hashim 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...